Translate

30 August 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-17 (Imported -15, Local-2), Active Cases-160, Total Cases-9334 | Total Deaths- 126


Terkini #COVID19Malaysia 30 Ogos Kes sembuh= 10 Jumlah kes sembuh= 9,048 Kes positif= 17 (kes import=15, kes tempatan=2) Jumlah positif= 9,334 Kes kematian= 0 Jumlah kes kematian= 126 Kes dirawat di ICU= 7 Bantuan Alat Pernafasan= 5

Kenyataan Akhbar KPK 30 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,048 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 30 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 17 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,334 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 160 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 11 warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. 15 kes import tersebut adalah dari negara:

  1. India (12 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  2. Arab Saudi (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  3. Jepun (1 kes di Sarawak).

Dua (2) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

  • Selangor: satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif ke-9286. Kluster ini akan diperincikan di bawah; dan
  • Kedah: satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif ke-9284. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat tujuh (7) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 126 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-126 (kes ke-9290) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) dan penyakit jantung. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Beliau mula mempunyai gejala batuk dan sesak nafas pada 7 Ogos 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bagi jangkitan paru-paru (pneumonia). Beliau discaj dari hospital pada 18 Ogos 2020. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 21 Ogos 2020 dan mendapatkan rawatan pada 24 Ogos 2020 di Hospital Sultanah Bahiyah. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan beliau didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 29 Ogos 2020 jam 5.10 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

KLUSTER MV GLEN, SELANGOR

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang telah dikenal pasti di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor. Kes indeks merupakan kes ke-9286 yang dilaporkan positif pada 25 Ogos 2020. Kes indeks merupakan seorang krew kapal. Kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan diberi rawatan.

Saringan COVID-19 dijalankan dan sehingga 30 Ogos 2020, sejumlah lapan (8) orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Enam (6) individu adalah negatif.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes import yang melibatkan satu (1) bukan warganegara manakala kes kedua merupakan kes tempatan yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia yang merupakan agen yang dilantik oleh syarikat perkapalan. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Saringan kesihatan sign-on dan sign-off adalah penting kerana ini merupakan salah satu kawalan sempadan antarabangsa yang dijalankan bagi mengekang aliran kemasukan individu yang berpontensi dijangkiti COVID-19 ke dalam negara. Justeru, kawalan ini perlu terus dipertingkatkan bagi mengelakkan penularan penyakit COVID-19.

KLUSTER TELAGA, KEDAH

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kes merupakan kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 (kes ke-9284). Kes tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk diberi rawatan. Kedua-dua kes ini merupakan petugas kesihatan di hospital tersebut namun tugasan tidak melibatkan jagaan kes yang disahkan positif COVID-19. 

Sehingga 30 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 374 orang telah disaring dalam kluster ini melibatkan ahli keluarga, kakitangan hospital dan lain-lain. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 372 individu adalah negatif.

Sebagai langkah kawalan, lebih banyak saringan tertumpu di hospital akan dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti pembersihan dan proses nyah kuman juga telah dijalankan di premis yang berkaitan. Perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah tidak terjejas dan tetap berjalan seperti biasa. Punca jangkitan masih dalam siasatan namun besar kemungkinan ianya disyaki berpunca dari kalangan komuniti.

MELINDUNGI KUMPULAN YANG BERISIKO TINGGI

KKM ingin memperingatkan masyarakat mengenai kepentingan melindungi golongan warga emas yang merupakan antara kumpulan berisiko tinggi maut akibat komplikasi jangkitan COVID-19. Sebagaimana semua sedia maklum, kumpulan yang berisiko tinggi adalah lebih rentan jangkitan termasuk penyakit COVID-19. Individu yang patut dilindungi dalam kumpulan ini adalah:

  • warga emas;
  • wanita mengandung;
  • pesakit kronik (kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dll); dan
  • pesakit imuniti rendah (kanser, human immunodeficiency virus, dll).

Kumpulan yang rentan ini (vulnerable group) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19. Justeru, adalah penting agar kumpulan tersebut:

  1. elakkan ke tempat tumpuan ramai;
  2. mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan;
  3. memakaian alat pelitup muka (facemask) di tempat yang sesak dan sempit seperti yang diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020, terutamanya sekiranya penjarakan fizikal (physical distancing) sukar diamalkan;
  4. segera mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat;
  5. kekalkan kebersihan diri sepanjang masa;
  6. makan makanan seimbang; dan
  7. kekal aktif.

Bagi ahli keluarga atau penjaga yang tinggal bersama individu dari kumpulan ini, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan individu tersebut mendapat rawatan segera jika mempunyai gejala dan memastikan kebersihan diri diamalkan. Bagi komuniti yang tinggal di kawasan yang sama, mereka disarankan agar mengamalkan penjarakan fizikal (physical distancing) dengan individu-individu ini pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter agar mereka terus dilindungi dari jangkitan COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH1214
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR12,167
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0262
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0417
SARAWAK1 (1)699
W.P. KUALA LUMPUR14 (14)2,587
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN17 (15)9,334

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


PERINCIAN KES BAHARU (17) KL- 14 9 kes import WN pulang dari India 3 kes import BWN tiba dari India 2 kes import WN pulang dari Arab Saudi SELANGOR- 1 1 kes WN jangkitan tempatan dari Kluster MV Glen

Image


Image


2 kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Telaga dan Kluster MV Glen. Manakala terdapat pertambahan satu kes baharu bagi Kluster Alam. Perincian kes saringan kluster baharu: Telaga 374 disaring 372 negatif 2 positif MV Glen 8 disaring 6 negatif 2 positif


Image

Image

Image

Image


Image






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED