Translate

28 August 2020

DG Hisham - "Marilah kita bersama Merdekakan negara daripada penukaran jangkitan Covid-19" | KKM menghasilkan dokumentari pendek | #Merdeka #DGHisham


KKM hasil dokumentari mengenai usaha merdekakan negara daripada COVID-19
Bernama
Ogos 28, 2020 09:56 MYT


Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan merupakan nadi dalam menjalankan setiap aktiviti menggembleng tenaga untuk data kritikal. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menghasilkan sebuah dokumentari pendek bagi memberikan gambaran sebenar di sebalik tabir pasukan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Perkhidmatan Hospital dan barisan hadapan negara dalam usaha memerdekakan negara daripada penularan jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Video berdurasi 10.46 minit yang dikongsikan di Twitter rasmi Dr Noor Hisham itu memaparkan wajah-wajah wira yang bertungkus-lumus menjalankan kerja belakang tabir ketika negara berperang menentang COVID-19.


"Kita dapat kawal dengan baik iaitu kita berjaya 'landaikan lengkungan,' itu adalah kejayaan pertama perjuangan kita. Ia berjalan dengan lancar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dengan lancar," katanya.
Dalam video itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) merangkap Penasihat CPRC Perkhidmatan Hospital Datuk Dr Rohaizat Yon berkata pusat itu telah lama wujud tetapi tidak begitu menonjol dan disebabkan COVID-19, pusat itu mendapat peruntukan khas serta menjadi lebih canggih.

"Mereka mengatakan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan adalah ketua atau panglima yang paling besar dan saya sebagai panglima COVID-19 dan di samping panglima, saya ada ramai pendekar, hulubalang dan laskar yang sanggup berjuang melawan virus ini.

"Mereka ini semua memainkan peranan penting melahirkan satu usaha besar, kewujudan kita lihat di sini CPRC Perkhidmatan Hospital yang lebih tersusun," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED