Translate

29 August 2020

Langgar belakang lori, penunggang motosikal parah (1 Video)


BERNAMA

28/08/2020 10:24 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki cedera parah pada bahagian muka selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang lori di Kilometer 1.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala Sungai Buloh di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa Ting Teck Loo, 43, dipercayai gagal mengelak lori yang dipakir di tepi jalan akibat kerosakan gear menyebabkan badan serta mukanya 'melekat' di bahagian belakang lori berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian.

"Beliau yang cedera parah di muka dan kaki itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan kini berada di zon merah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu dan kelindan lori telah membuat kawalan dan memasang segi tiga keselamatan di belakang lori itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video berdurasi 13 saat yang memaparkan insiden mangsa 'melekat' di bahagian belakang lori dalam kemalangan itu, tular di laman sosial, hari ini.

-- BERNAMA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 13 mins ago
A visitor from Muar town viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago