Translate

21 August 2020

Kluster Maju dikesan di Titiwangsa (1 Video)


Kluster Maju Dikesan Di Kuala Lumpur

 

 BERNAMA

21/08/2020 06:25 PM


KUALA LUMPUR, 21 Ogos -- Satu lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Maju dikesan berpunca daripada dua pekerja sebuah restoran di Titiwangsa di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua mereka yang merupakan kes pertama kluster itu (kes ke-9176 dan kes ke-9177) telah dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang dijalankan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan kes baharu kluster ini yang merupakan pelanggan restoran itu telah dikesan. Beliau mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan akhbar perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini, seramai 672 orang telah disaring, termasuk 16 pekerja dan 656 orang pelanggan.

“Daripada jumlah itu, tiga kes dikesan positif COVID-19 dan 669 individu negatif,” katanya.

Beliau berkata aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sedang diteruskan.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga telah dijalankan di kedai makan terlibat.

Mengenai status terkini kluster Tawar di Kedah, Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga kes baharu dilaporkan hari ini dengan menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 58 kes.

“Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 2,733 orang telah disaring dalam kluster ini,” katanya.


-- BERNAMA

Image

Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED