Harian Metro
21 Ogos 2020
Disko rahsia itu beroperasi di tingkat bawah bangunan hotel, dengan hanya satu laluan disediakan untuk pengunjung majoritinya warga tempatan, dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Berdasarkan pemerhatian, pengunjung akan meletakkan kenderaan di luar kawasan hotel lain, sebelum berjalan kaki menuju ke arah hotel terbabit yang menempatkan disko rahsia itu.
Pergerakan itu dikesan berterusan antara jam 11 malam hingga 3 pagi. Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang menerima maklumat mengenai aktiviti itu segera melakukan pemantauan sebelum pemeriksaan ke atas premis dilakukan.
Source : Harian Metro YouTube