Translate

25 August 2017

Seorang lelaki warga Iran didenda RM2,500 dan dipenjara 2 hari selepas mengaku bersalah merokok dalam tandas pesawat AirAsia.


Warga Iran Merokok Dalam AirAsia Didenda

Details Published on Friday, 25 August 2017 12:28




SEPANG -- Seorang lelaki warga Iran yang dalam perjalanan dari Tehran ke Belanda untuk mencari pekerjaan didenda RM2,500 dan dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas mengaku bersalah merokok dalam tandas pesawat AirAsia.

Majistret Norul Fitri Hamdan menjatuhkan hukuman tersebut selepas Ali Firooz, 35, mengaku bersalah merokok dalam tandas penerbangan AirAsia dari Tehran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 7.55 pagi, 23 Ogos lalu.

Ali yang kelihatan tenang namun keletihan dalam kandang tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris.

Dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 100 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum bawah Seksyen 206 peraturan sama yang membawa hukuman maksima denda RM 2,500 dan penjara tidak lebih setahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Ashvinii Thinakaran sementara tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh. Majistret memutuskan tertuduh dipenjara dari tarikh tangkap.

Tertuduh membayar denda tersebut dan difahamkan beliau akan dihantar pulang ke Iran.

Sementara itu, di mahkamah majistret sama, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berjanji tidak akan merokok dalam penerbangan lagi selepas dia didenda RM1,500 dan penjara dua hari atas kesalahan sama.

"Saya tidak akan buat lagi," kata pelajar Joshua Ling Yu Hann selepas majistret menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Dia menghadapi tuduhan merokok dalam penerbangan AirAsia AK5875 dari Sibu ke klia2 pada 10.30 malam, 23 Ogos lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 33 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 5 hrs 50 mins ago