Translate

25 August 2017

Seorang lelaki warga Iran didenda RM2,500 dan dipenjara 2 hari selepas mengaku bersalah merokok dalam tandas pesawat AirAsia.


Warga Iran Merokok Dalam AirAsia Didenda

Details Published on Friday, 25 August 2017 12:28




SEPANG -- Seorang lelaki warga Iran yang dalam perjalanan dari Tehran ke Belanda untuk mencari pekerjaan didenda RM2,500 dan dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas mengaku bersalah merokok dalam tandas pesawat AirAsia.

Majistret Norul Fitri Hamdan menjatuhkan hukuman tersebut selepas Ali Firooz, 35, mengaku bersalah merokok dalam tandas penerbangan AirAsia dari Tehran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 7.55 pagi, 23 Ogos lalu.

Ali yang kelihatan tenang namun keletihan dalam kandang tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris.

Dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 100 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum bawah Seksyen 206 peraturan sama yang membawa hukuman maksima denda RM 2,500 dan penjara tidak lebih setahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Ashvinii Thinakaran sementara tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh. Majistret memutuskan tertuduh dipenjara dari tarikh tangkap.

Tertuduh membayar denda tersebut dan difahamkan beliau akan dihantar pulang ke Iran.

Sementara itu, di mahkamah majistret sama, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berjanji tidak akan merokok dalam penerbangan lagi selepas dia didenda RM1,500 dan penjara dua hari atas kesalahan sama.

"Saya tidak akan buat lagi," kata pelajar Joshua Ling Yu Hann selepas majistret menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Dia menghadapi tuduhan merokok dalam penerbangan AirAsia AK5875 dari Sibu ke klia2 pada 10.30 malam, 23 Ogos lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 1 min ago
A visitor from Iowa viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 9 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Netizens had a field day taking picture and videos' 13 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosia' 46 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Rilek Je Johan Kentut masa dia dan isterinya sedan' 51 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'RAMADAN " BUKA PUASA " BUFFET OFFERS 2013 - E - FL' 55 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosia' 1 hr 29 mins ago