Translate

29 August 2017

Nonny Nadirah sanggup bersumpah dia tidak ada hubungan sulit dengan suami penyanyi Adira



Nonny Sumpah Tiada Skandal Dengan Suami Adira

..
Tidak mahu terus-terusan dianggap ada hubungan sulit dengan suami penyanyi Adira, pelakon Nonny Nadirah sanggup bersumpah sebagai membuktikan lagi bahawa dakwaan itu tidak benar.

Menerusi laporan mStar online, pelakon berusia 28 tahun menegaskan dia tidak pernah bertemu, mahupun berhubung dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red
"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).
"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat," kata.
Terdahulu, Nonny dikaitkan dengan ahli perniagaan itu selepas Adnan mengakui menjalin hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai 'N'.
Bagaimanapun, Adnan mengakui hubungan yang terjalin sejak beberapa bulan lalu itu sudah berakhir selepas ia dihidu Adira.
Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) ini, dia terkejut apabila pihak pengurusannya memberitahu tentang pengakuan Adnan dan namanya disebut-sebut sebagai individu yang dimaksudkan itu.
Nonny bagaimanapun tidak mahu memberikan kenyataan lanjut kerana apa didakwa Adnan itu tidak benar.
"Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan akhbar tentang pengakuan dia tu.
"Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar," ujarnya.
Tambah pelakon berasal dari Sabah ini lagi, dia juga enggan memanjangkan isu itu kerana menghormati perasaan dua isteri Adnan, keluarga dan bakal mertuanya.
Kata Nonny, dia sudah mempunyai teman lelaki dan percintaan mereka sudah pun memasuki tahun kelapan dan merancang untuk berkahwin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 4 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 22 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Our "moral keepers" have ruled that these two wome' 25 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 54 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'President Trump's senior advisor Kellyanne Conway ' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Sultan Johor berkenan berangkat ke bazar Ramadan d' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'Teenage actress Puteri Balqis has revealed that sh' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 1 hr 29 mins ago