Translate

29 August 2017

Perancang Perkahwinan Diserbu Tipu Para Pengantin, Rugi Belasan Ribu


Kecoh Perancang Perkahwinan Diserbu Tipu Para Pengantin, Rugi Belasan Ribu

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia, namun sebaliknya berlaku kepada pasangan pengantin di Johor Bahru apabila terpaksa menanggung malu dan kerugian ribuan ringgit akibat ditipu perancang perkahwinan.
Insiden tersebut mula menjadi kecoh dan tular di laman Facebook selepas kakak ipar pengantin, Rose Eusoff, memuat naik rakaman pertama memaklumkan pihak katering yang diuruskan perancang perkahwinan tersebut, Zurin Jundi Wedding Planner gagal menghantar makanan yang dipesan untuk para tetamu.
Foto ihsan Facebook Zainatulazlina Zailan ZailanFoto ihsan Facebook Zainatulazlina Zailan Zailan
Dalam kejadian pada 27 Ogos lalu, pihak pengantin lelaki dikatakan sudah sampai dan berarak ke rumah pengantin perempuan namun hidangan untuk para tetamu masih belum sampai dan lebih menyedihkan pihak Zurin Jundi Wedding Planner langsung tidak menjawab panggilan telefon.
"Hi, I nak bagitahu I dekat kenduri adik ipar ni, kat Johor. Okay, sampai sekarang tak ada lagi katering yang sampai. Kami sedih sangat, sebab apa? Tetamu kita jamu makan, kita sempat masak sejenis (hidangan) je.
"Nampak tak? Pengantin dah berarak dah. Tapi makanan tak ada sampai sekarang dari Zurin Jundi wedding Planner," kata Rose dalam rakaman tersebut.
Insiden tersebut turut disahkan kakak mangsa, Zainatulazlina Zailan Zailan, yang memaklumkan laporan polis berhubung kes tersebut telah dibuat.
Berdasarkan laporan polis dibuat pengantin lelaki, Zainul pada 27 Ogos menyatakan dia telah berurusan dengan wanita dikenali sebagai Zurin untuk majlis perkahwinannya, sejak 3 Julai 2017.
Menurut Zainul, tempahan yang dibuat termasuk melibatkan 1,000 pek hidangan untuk tetamu dan hiasan pelamin pengantin dengan harga RM10,700.00.
Jelas Zainul, bayaran tempahan telah dibuat sebanyak RM4,000 dengan dua kali pembayaran sebelum baki bayaran berjumlah lebih kurang RM6,000 dilunaskan kepada Zurin pada 6 Julai lalu.
"22 Julai, saya pergi ke butik Zurin Jundi di Shah Alam dan berjumpa dengan kakitangannya bernama Cik Sinar untuk memilih baju, pelamin dan menu makanan.
"23 Ogos, saya telah menghubungi pihak katering dan mengingatkannya tarikh majlis perkahwinan saya dan mereka semua faham. Keesokan hari saya telah menghubungi pihak katering melalui WhatsApp untuk meminta kepastian waktu untuk katering menghantar makanan dan pihak berkenaan memberitahu paling lewat akan sampai jam 11 pagi pada hari majlis.
"27 Ogos, hari majlis perkahwinan berlangsung, tiada sebarang respon dari pihak katering bila saya cuba menghubungi mereka menyebabkan saya terpaksa mencari insiatif lain untuk menjamu tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan saya. Disebabkan itu, saya terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM6,000.
"Pihak Zurin Jundi Wedding Planner juga tidak memberi sebarang respon, malah kami turut disekat dari Facebooknya, serta segala komen kami berkenaan majlis kami telah dibuang dari ruangan komen di halaman Facebook rasmi mereka.
"Pada jam 4 petang, Zurin memberitahu pihaknya sedia mengeluarkan pampasan sebanyak RM10,000 selepas saya memberitahu saya mahu membuat laporan polis.
"Saya juga menghubungi pihak katering dan mereka memberitahu pihaknya tidak bersalah kerana mereka tidak menerima bayaran katering untuk majlis saya sehingga ke hari majlis, sedangkan pihak katering telah berjanji akan menghantar makanan seperti yang telah ditetapkan," demikian laporan Zainul.
Susulan pendedahan dibuat keluarga Zainul, beberapa individu turut tampil bagi membongkar penipuan dibuat wanita berkenaan.
Menerusi rakaman kedua yang dimuat naik pengguna Facebook Adzrul Noh, yang dipercayai salah seorang mangsa memaparkan sekumpulan individu menyerbu pemilik Zurin Jundi Wedding Planner di depan sebuah premis di Shah Alam bagi meminta bayaran pampasan.
Salah seorang mangsa kedengaran mendakwa mengalami kerugian lebih belasan ribu, sementara perakam pula mengatakan telah membayar pelamin dengan harga bernilai RM10,000.
Difahamkan, pemilik syarikat itu telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.
- Malaysian DIgest





Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED