Translate

30 August 2017

Pak Nil akan menyarungkan baju bendera Malaysia berukuran 5 meter untuk persembahan di acara penutu Sukan SEA malam ini.


Pak Nil Bawa Nostalgia Sudirman di Acara Penutup Sukan SEA Malam Ini


Details Published on Wednesday, 30 August 2017 10:24


Pak Nil akan menyarungkan baju bendera Malaysia berukuran 5 meter untuk persembahan di acara penutu Sukan SEA malam ini. Kredit foto Utusan online.

Sempena penutup Sukan SEA Ke-29 dan seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 negara, pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil bakal mengembalikan semula ingatan rakyat negara ini terhadap kegemilangan yang pernah dilakar penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman menerusi persembahannya sempena majlis penutup temasya tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.



Memetik laporan Utusan online, Pak Nil berkata, beliau memilih dua buah lagu Allahyarham Sudirman iaitu Balik Kampung dan 31 Ogos untuk dipentaskan pada majlis penutup acara sukan yang menghimpunkan atlet-atlet dari Asia Tenggara.

Kata Aznil lagi, objektif utama pementasan itu adalah mengajak seluruh rakyat Malaysia menyedari bahawa idea Allahyarham Sudirman tidak telan dek arus perubahan zaman.

"Mungkin ada di antara generasi baharu tak berpeluang menonton persembahan Sudirman sewaktu Sukan SEA 1989. Jadi, bila mereka (penganjur) nak saya buat persembahan, saya tanpa fikir panjang nak nyanyi lagu Sudirman.

"Saya nak penonton yang hadir di stadium dan penonton di rumah nampak apa yang saya bawa itu adalah idea yang tak telan dek zaman. Maknanya, idea dia masih lagi ke depan dan sehingga sekarang ia masih relevan," katanya

Lebih istimewa dalam persembahan itu nanti, Pak Nil berkolaborasi dengan anak saudara Allahyarham Sudirman, Atai menjayakan segmen khas mengenang Sudirman dengan menggunakan props yang hampir sama pernah digunakan Allahyarham semasa mengadakan persembahan 28 tahun lalu.

Sementara untuk penyampaian lagu 31 Ogos pula, Aznil memberitahu, beliau akan menyarungkan baju bendera Malaysia berukuran lima meter.

"Lagu ini (31 Ogos) akan dinyanyikan sewaktu di ambang menyambut kemerdekaan negara," katanya

Persembahan Aznil pada malam itu akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik profesional diketuai Aubrey Suwito.

Bagi memastikan kejayaan persembahan istimewa sempena penutup Sukan SEA Ke-29 dan seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 negara juga, Aznil bersama para penari telah melakukan latihan intensif sejak dua minggu lalu.

Berkongsi saat menerima tawaran untuk mengabadikan sejarah Sudirman itu, Aznil merakamkan penghargaan yang tulus beliau kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bersungguh-sungguh mahu beliau menyertai persembahan untuk malam penutup acara sukan berkenaan.


Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED