Translate

02 April 2017

Seorang lelaki Mengaku Tak Bersalah Pengubahan Wang Haram


Mengaku Tak Bersalah Pengubahan Wang Haram


KEMAMAN – Seorang bapa tunggal anak tiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan terbabit kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM450,347, tiga tahun lepas.

Hazrin Izzuddin Jamaluddin, 44, yang bekerja sendiri menawarkan perkhidmatan dalam bidang perakaunan, dituduh melakukan kesalahan itu antara 20 Oktober 2014 hingga 26 Jan 2015 di Bank Islam (M) Berhad, Jalan Kubang Kurus, di sini.

Dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar bagi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi sebutan semula kes bersama-sama pertuduhan lain yang dihadapi tertuduh pada 3 Mei depan.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu.

- Bernam

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED