Translate

22 April 2017

Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.selepas dihentam oleh netizen Indonesia, isu beliau menepis tangan seorang peminat

Dian Tak Sengaja

..
Selepas dihujani dengan pelbagai kritikan pedas oleh netizen Indonesia berhubung isu beliau menepis tangan seorang peminat yang mahu berswafoto bersamanya ketika di tayangan filem Kartini baru-baru ini, akhirnya Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.
Menerusi laman Instagram, aktres jelita ini menyuarakan situasi yang dihadapinya tatkala insiden berkenaan dirakamkan.
..
"Sejujurnya itu adalah perkara yang tak disengajakan. Ada seseorang dari belakang yang secara tiba-tiba memegang badan saya.
"Akibat terkejut dan secara tidak sengaja saya menepis dan menghindarinya. Namun saya tidak bermaksud tidak ramah atau tidak sopan.
"Memang video tersebut kemudiannya saya padam agar tidak menimbulkan kesan yang tidak sesuai mengenai apa yang sebenarnya terjadi," tulis Dian.
Tambah Dian dia akur dengan kecaman dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Sebelum ini pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo turut tampil memohon maaf terhadap kelakuan Dian yang dianggap tidak sopan.
{ Baca lagi: Dian Sastrowardoyo Tepis Tangan Peminat, Beri Reaksi Jijik? }

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengka' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 48 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MENYAMAR SEBAGAI PETUGAS PERUBATAN JABATAN KESIHAT' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 LELAKI DITAHAN MAKAN PERCUMA' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 ANGGOTA BOMBA DISIASAT | BES' 2 hrs 56 mins ago