Translate

02 April 2017

Dengan sekali lafaz pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan pasangannya Noor Nabila Mohd Noor selamat diijabkabulkan

Image result for sharnaaz ahmad


Sharnaaz-Nabila Selamat Diijabkabulkan, Bulan Madu di Itali

..
Dengan sekali lafaz pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan pasangannya Noor Nabila Mohd Noor selamat diijabkabulkan tepat jam 9.15 malam 30/3/2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Royal Ballroom, hotel Royale Chulan, Damansara.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 32, dan Nabila, 33, telah dinikahkan oelh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Hj. Mohd Supri Al-Hafiz.
Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Majlis resepsi akan diadakan pada 2 April di Kuala Lumpur dan di sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Pasangan ini akan berbulan madu di Itali pada 14 April ini.
Terdahulu majlis merisik diadakan di kediaman wanita tersebut yang terletak di ibu kota pada 18 Disember 2016.
Sharnaaz dan Nabila yang juga merupakan kakak kepada aktres dan pengacara Neelofa mula berkenalan dan menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu.
Dalam pada itu, Noor Nabila pernah berkahwin pada Julai 2013, dan berpisah pada 2014.

Image result for sharnaaz ahmad
Image result for sharnaaz ahmad



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED