Translate

22 March 2017

Debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nazri ditunda ke 7 April, jam 9.30 malam di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam


Debat Tun Mahathir – Nazri Tunda 7 April
Published on Mar 21, 2017 in Utama & Sensasi


KUALA LUMPUR – Debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ditunda ke 7 April, jam 9.30 malam di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam berikutan penganjuran sebelum ini tidak mendapat permit polis.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata berikutan lokasi penganjuran itu, pihaknya meminta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk menjadi moderator debat berkenaan.

Nazri berkata, ia adalah penghormatan untuk Ahli Parlimen Shah Alam, selain tidak mahu orang ramai mempunyai tanggapan bahawa debat itu hanya bertujuan meraih kepentingan politik jika moderator dilantik dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN). “Tun (Dr Mahathir) bagi syarat untuk saya selesaikan perkara ini menjelang jam 1 esok, termasuk mendapat persetujuan polis mengenai lokasi penganjuran.

“Bagaimanapun, sukar untuk saya penuhi syarat ini kerana polis Perak sudah mengeluarkan kenyataan bahawa debat di Kuala Kangsar tidak mendapat permit.

“Oleh itu, penganjur ada hubungi untuk tangguhkan debat ke 29 Mac ini, tetapi ia tidak dipenuhi kerana saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke India,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan meminta penganjur untuk menunda debat pada 7 April, selain diadakan di bangunan persendirian kerana ia tidak tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain itu, katanya, kutipan sumbangan kepada masyarakat Rohingya akan dibuat sempena penganjuran debat berkenaan bagi memastikan program itu mempunyai matlamat khusus dan manfaat kepada golongan memerlukan.

“Saya minta supaya orang ramai yang hadir memberi sedikit sumbangan ikhlas untuk masyarakat Rohingya supaya wacana ilmiah ini tidak dipandang serong sebagai program sia-sia.

“Apa yang saya buat sekarang adalah berdasarkan kehendak saya, iaitu untuk mewujudkan budaya dalam negara ini supaya mengadakan wacana ilmiah, berbanding menggalakkan perbalahan antara pemimpin.

“Perbalahan yang hanya berakhir dengan pergaduhan fizikal seperti ini hanya memualkan rakyat. Itu bukan budaya yang kita hendak terapkan di negara ini,” katanya. – Berita Harian


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 3 hrs ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 7 hrs 27 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 8 hrs 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 11 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 11 hrs 38 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 11 hrs 40 mins ago