Translate

09 December 2013

YANA SAMSUDIN NAFI TELAH MEMBUAT PEMBEDAHAN TERHADAP HIDUNGNYA







YANA SAMSUDIN: KALAU SAYA NAK BUAT HIDUNG, SAYA BUAT LEBIH CANTIK

KUALA LUMPUR, 3 DIS 2013: Pelakon, Yana Samsudin nafi telah melakuan pembedahan terhadap hidungnya supaya kelihatan lebih mancung seperti yang didakwa sebelum ini.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Yana Samsudin menjelaskan perubahan pada wajah dan bentuk hidungnya ketika menghadiri Angerah Skrin 2013 (ASK 2013) adalah disebabkan solekan semata-mata.
“Bila masa pula saya buat muka? Kalau saya nak buat (pembedahan) pun, saya akan buat lebih cantik lagi. Ini tak, sama juga, masih bulat dan macam sebelum ini.
“Saya nak tergelak pun ada. Sebenarnya perubahan yang orang lihat pada wajah saya menerusi gambar di Instagram ketika menghadiri ASK 2013 adalah kesan solekan semata-mata.
“Apabila solekan itu menonjolkan batang hidung saya, itu yang orang nampak hidung saya lebih mancung daripada sebelum itu,” katanya.
Sementara itu, Yana turut memberitahu perbuahan pada bentuk wajahnya adalah kerana berat badannya semakin susut.
“Manakala, tulang pipi saya semakin menonjol sebab saya makin kurus, itu saja,” jelasnya lagi.
Spekulasi berkenaan mula bertebaran apabila wajah pelakon itu dilihat berlainan daripada wajahnya sebelum ini ketika menghadiri ASK 2013, Jumaat lalu.
Beberapa keeping gambar dimuat naik Yana di akuan Instagram miliknya kebelakangan ini juga seolah mengiyakan dakwaan itu apabila terdapat perbezaan ketara pada wajahnya sehingga sebahagian peminat mula berteka-teki mengenai kesahihan desas-desus itu.
Ketiadaan Yana di ibu kota kerana pulang ke kampung halamannya di Yong Peng, Johor semakin mengukuhkan spekulasi apabila beberapa sumber mendakwa pelakon itu menyembunyikan diri daripada khalayak selepas pembedahan berkenaan.
Namun Yana menafikannya, sebaliknya memberitahu dia pulang ke kampong kerana neneknya tidak sihat.
Murai.com


Yana Samsudin Bedah Muka? | Satu fakta yang tak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini pelakon Yana Samsudin kelihatan lebih cantik daripada penampilan dahulu.  Malah, boleh dikatakan Yana semakin bijak dalam bab bergaya.
Yana Samsudin Bedah Muka?

Terbaru, menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Istagram miliknya iaitu ketika menghadiri majlis Anugerah Skrin 2013 pada Jumaat lalu, ada yang mengatakan Yana seperti membuat pembedahan muka.

Tidak cukup dengan itu, kebanyakan peminat yang memberikan komen  mengatakan wajah Yana kini sudah tidak comel, tampak lain, pelik, berusia dan tidak seperti sebelumnya.
Yana Samsudin Bedah Muka?

Pun begitu, Yana sempat mencelah di status berkenaan dengan mengatakan perubahan wajahnya itu disebabkan oleh teknik solekan yang digunakan.

"@ellwai :) takda apa pun yang perlu minta maaf.. Awak tak salah pun...Takda siapa yg salah kat sini...:)

"Sabar semua ya...Hal dah lepas...

"Cuma cara tuduhan sesetengah individu kat atas tu melampau...:) @ellwai diaorg tak pandai/tak tahu teknik make up kot

"Klu make up stage/mlm mmg kena tebal...," komen Yana di gambar yang dimuat naiknya.
Yana Samsudin Bedah Muka?


KEZOOM

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED