Translate

20 December 2013

Skandal Adi Putra : Nooraida Diceraikan Dengan Talak Satu Oleh Suaminya Amiruddin

Isu Skandal Adi Putra: Suami Ceraikan Nooraida, Nekad Rayu Teruskan Kes

Kredit Foto: Faisol MustafaKredit Foto: Faisol Mustafa
Ahli perniagaan Amiruddin Othman, 56 mengakui telah menceraikan isterinya yang juga merupakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandal pelakon Adi Putra, iaitu Nooraida Abdul Mutalib, 30, dengan talak satu pada 19 Disember 2013.
Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini.
"Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.
"Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar", jelasnya sambil menahan sebak.
Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus 'No Further Action' (NFA) sebelum ini.
Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.
"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.
"Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang",katanya.
Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.
Amiruddin dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun.

Malaysian Digest

TO ENJOY 15% DISCOUNT SIMPLY REGISTER NEW EMAIL & MAKE YOUR PURCHASE NOW


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed '22 ahli sindiket tawaran kerja sambilan tak wujud ' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 1 hr 2 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan lanjut sele' 2 hrs 42 mins ago