Translate

24 December 2013

Johan Asaari Cari Masa Yang Sesuai Menemukan Lana Nordin Dengan Ibunya [VIDEO]

Johan Masih Cari Masa Pertemukan Lana Dengan Ibunya

Sejak tersebarnya pengakuan dia bercinta dengan pelakon seksi lagi kontroversi Lana Nordin, ramai juga tahu mengenai ibu Johan yang dikenali sebagai Datin Firdaus dikatakan tidak merestui hubungan cinta anak terunanya itu dengan aktres yang mendapat jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' itu.

Alang-alang bertemu Johan semalam, MD sempat bertanya bagaimana perkembangan sama ada sudahkah dia memperkenalkan Lana secara rasmi kepada ibunya?
"Saya serah pada takdir. Kalau kami ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, tak ada lah. Siapa kita nak melawan takdir. InsyaAllah, saya percaya satu hari nanti semuanya akan okay. Lana pun sedang dalam proses memperbaiki dirinya.
"Ibu saya sekarang berada di Melaka dan dia pun sibuk. Jadi kami sedang cari masa sesuai...", kata Johan As'ari yang kemudian tidak meneruskan kata-kata sebaliknya dia hanya sekadar tersenyum.
Dalam pada itu, tatkala diminta mengulas tentang kenyataan Shila Amzah yang menegaskan dia tidak mahu mempunyai hubungan persahabatan dengan Johan walaupun aktor itu akan tetap terus menganggap Shila sebagai teman baiknya, kata Johan,
"Nilai kasih sayang datang tanpa diundang dan ia tak perlu dibuktikan kerana ianya subjektif.
"Saya akan tetap sayangkan dia dan anggap dia kawab baik saya. Kalau dia ada masalah, dia boleh hubungi saya bila-bila masa. Tapi yang saya tahu, sampai sekarang dia sangat rapat dengan ibu saya", tuturnya yang bakal muncul filem Tokan yang akan ditayangkan di pawagam mulai 26 Disember ini

 mD
Malaysian Digest



TO ENJOY 15% DISCOUNT SIMPLY REGISTER NEW EMAIL & MAKE YOUR PURCHASE NOW

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED