
Tujuan utama operasi ini adalah untuk mengurangkan kadar jenayah dan meneruskan keberkesanan Op Cantas Khas yang dijalankan kerana masyarakat yakin serta memberi sokongan terhadap operasi yang telah dijalankan. Operasi dijalankan dengan mengadakan Sekatan Jalan Raya(SJR) di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur bermula jam 11.00 malam semalam dan berakhir jam 3.00 pagi tadi.

Demi memastikan operasi ini berjalan lancar, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (Operasi) PDRM, Dato’ Rusli bin Ahmad telah hadir ke lokasi bagi membuat tinjauan dan melihat sendiri perlaksanaan operasi ini. Turut turun padang meninjau ke lakasi ialah YDH DCP Dato’ Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.







