Translate

26 December 2013

BE CAREFUL WHEN USING ATM MACHINES, BE ON LOOKOUT FOR SKIMMING GADGETS THAT CAN READ YOUR ATM CARD NUMBER & PIN

KES 1
Pada 25 November 2013 jam lebih kurang 2.30 petang semasa pengadu iaitu pihak sekuriti yang dilantik oleh bank sedang memeriksa mesin ATM bank di SST Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur telah menemui satu alat ‘Skimming Device’ di panel atas mesin tersebut. Ianya seperti alat untuk merakam no. pin dan no. kad ATM pelanggan yang menggunakan mesin tersebut. Selepas itu, pengadu terus memaklumkan kepada pihak atasan tentang kejadian itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan(Cubaan Menipu).

KES 2
Kejadian berlaku pada 18 Disember 2013 jam lebih kurang 1.35 petang semasa pengadu ingin memindahkan wang di mesin ATM bank di Kuala Lumpur Convention Centre. Pengadu telah menemui satu alat ‘Skimming Device’ di panel atas mesin ATM yang mana dipercayai alat tersebut digunakan untuk merakam no. pin dan no. kad ATM pelanggan yang menggunakan mesin tersebut. Selepas itu, pengadu terus memaklumkan kepada pihak sekuriti Kuala Lumpur Convention Centre dan datang ke balai membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Siasatan awal mendapati sindiket ini didalangi oleh warganegara Eropah yang telah menggunakan modus operandi yang sama di beberapa buah mesin ATM di pusat membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur. Hasil pemerhatian CCTV yang diberikan oleh pihak bank mendapati sindiket ini bergerak secara berkumpulan kerana rakaman memperlihatkan suspek bersama-sama dua orang lagi rakan sepenjenayahnya melakukan jenayah tersebut. Tangkapan telah dilakukan ke atas seorang warganegara Poland yang dipercayai ahli sindiket tersebut. Dengan tertangkapnya anggota sindiket ini polis percaya dapat menyelesaikan kedua-dua kes tersebut.
Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada jika melihat sebarang alat-alat yang mencurigakan pada mesin ATM dan hendaklah sentiasa lebih peka semasa menggunakan setiap mesin ATM yang ada. Ini adalah kerana, penjenayah masa kini menggunakan teknologi terkini untuk melakukan jenayah.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED