Translate

31 December 2013

LELAKI WARGA EMAS DISAMUN OLEH 3 LELAKI AFRICA, BOTOL MINYAK WANGI DIJOLOK DALAM DUBURNYA

Tusuk Botol Minyak Wangi Dalam Dubur


Sekadar gambar hiasan. Pic: www.iklaninternet.net Sekadar gambar hiasan. Pic: www.iklaninternet.netPETALING JAYA: Bukan saja disamun, malah seorang lelaki warga emas terpaksa menempuh detik menyakitkan apabila duburnya dijolok botol minyak wangi oleh sekumpulan penyamun warga Afrika dalam kejadian di Sungai Way, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 63 tahun yang juga pesara kerajaan sedang menuju ke keretanya selepas makan malam di gerai Jalan SS9A/12, sebelum didatangi seorang lelaki warga asing.
Sumber berkata, suspek mengeluarkan pisau dan mengugut akan mencederakan mangsa jika melawan dan pada masa sama, suspek bertindak menghubungi rakannya.

“Mangsa ditolak masuk ke dalam keretanya. Kemudian dua lagi suspek lelaki tiba termasuk seorang yang membawa sebotol minyak wangi. Suspek meminta mangsa menyerahkan semua wang, namun mangsa enggan.
“Keengganan mangsa menyerahkan wang menyebabkan suspek berang dan bertindak menjolok botol minyak wangi ke dalam dubur mangsa.
“Akibat tidak tahan menanggung kesakitan, mangsa menyerahkan RM200 yang diselitkan di poket kecil bahagian pinggang seluarnya, tetapi suspek masih tidak berpuas hati sebelum menyamun semua wang mangsa berjumlah RM550,” katanya.
Menurut sumber, mangsa ditinggalkan berseorangan dan dalam kesakitan itu, dia cuba mengeluarkan botol minyak wangi terbabit, tetapi gagal sebelum segera menghubungi polis.

Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian bergegas menghantar mangsa ke sebuah pusat rawatan swasta dan mangsa menjalani pembedahan mengeluarkan botol daripada duburnya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika mengesahkan kejadian itu berkata, polis belum dapat mengambil keterangan mangsa berikutan keadaannya masih lemah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi 03-79662222 atau 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Malaysian Digest


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 29 mins ago
A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 53 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 4 hrs ago