Translate

31 December 2013

Izreen Azminda Memberi Nasihat Kepada Johan Asaari

Pesanan Izreen Azminda Pada Johan As'ari

..
Pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari, Izreen Azminda menasihatkan agar aktor tersebut berhenti daripada memainkan perasaan wanita.
Memetik kenyataan mStar online, Izreen, 29, berkata, Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.
"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.
"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya.
Ezreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta.
Tambah Ezreen, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain.
"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.
"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," katanya.
Sementara itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang.
Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja.

sumber: mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 12 individu disyaki tawar pekerjaan ti' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Remaja enggan pulang ke asrama dilapor hilang | BE' 42 mins ago
A visitor from Jakarta viewed 'Indonesian fugitive Djoko Tjandra Arrested in Mala' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Al muharraq viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KKM Harap Akta 342 Dipinda Segera (1 Video) | BEST' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Chihuahua viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Riyadh viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Buenos aires viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 45 mins ago
A visitor from San francisco viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 1 hr 49 mins ago