SAFEE SALI SAH NIKAH DENGAN GADIS INDONESIA, SHASHA
Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan dan juga Johor Darul Takzim (JDT), Safee Saliyang selamat bernikah dengan pasangan seorang wanita dari seberang, Shasha pagi tadi. Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi SafeeSali_10 Official.
Majlis persandingan di pihak lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2013 di Bidor, Perak.
Alhamdulillah. Safee telahpun selamat bernikah pagi ini. Terima kasih di atas doa kalian & sokongan yang diberikan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Safee & Shasha di dunia & akhirat kelak. – Facebook rasmi SafeeSali_10 Official
Safee sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.
GAMBAR KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN DAN BAKAL ISTERI BARU SAFEE SALI – NIKAH 28 DISEMBER 2013
Nampaknya bulan Disember ini ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Maklumlah cuti sekolah dan memudahkan sanak-saudara dan rakan-rakan untuk berkunjung ke majlis kenduri yang diadakan.
Tidak melepaskan peluang ini juga, pemain bola sepak kebangsaan dan penyerang Johor Darul Takzim (JDT),Safee Sali memilih 28 Disember 2013 ini untuk menamatkan zaman duda. Setelah bercerai dengan bekas isterinya Sabarina Yusof pada 2007 pada April 2012, Safee Sali memilih gadis Indonesia dikenali sebagai Sasha sebagai pengganti.
Majlis perkahwinan mereka bakal dilangsungkan di Kg Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak. Di bawah ini, gambar kad undangan perkahwinan barunya bersama Sasha kelak.
Selamat berbahagia diucapkan buat Safee Sali dan Sasha.
AMBOI.COM