KOMEN NORAIDA ISU PENCERAIANNYA DENGAN BEKAS SUAMI – ‘JANGAN SALAHKAN SESIAPA’
Semalam kita dikejutkan dengan berita penceraian Noraida, wanita yang dikaitkan ada skandal dengan pelakon Adi Putra. Macam mana tak terkejut, kalau sebelum ini bekas suaminya, Amiruddin Othman habis-habisan mahu membela ‘nasib’ isterinya itu. Tiba-tiba pula umum bercerai.
Berat juga dugaan yang menimpa Noraida. Namun ini adalah ketentuan Nya. Berdasarkan kepada komen-komen dari Noraida menerusi laman sosialnya, dia tetap tenang dan mengakui penceraian itu adalah bersetujuan bersamanya dengan Amiruddin. Noraida juga mohon jangan salahkan sesiapa.
Selain itu, ramai juga yang memberi sokongan kepada Noraida dan berharap wanita yang mempunyai anak satu hasil perkahwinannya selama 10 tahun dengan Amiruddin, Noor Fasha Dania, 8, tabah menempui segala dugaan.
p/s: Silap-silap haribulan, jadi artis la Noraida ni… Apapun harap banyakkan bersabar…
PENJELASAN SUAMI NORAIDA, PUNCA CERAI, MENGALAH ATAU KALAH?
Ramai yang tertanya-tanya kenapakah suami Noraida, Amiruddin Osman menceraikannya sedangkan sebelum ini suaminya itu bukan main lagi mahu menegakkan keadilan untuk Noraida atau nama penuhnya Nooraida Abd Mutalib. Adakah Amiruddin sudah mengalah dan mahu berundur kerana tertekan dengan apa yang berlaku?
Menerusi laporan Harian Metro, Amiruddin menjelaskan situasinya kini dan isu penceraiannya dengan bekas isteri. Katanya, rumah tangganya kini tidak stabil dan dia tidak mahu perkara itu berterusan. Jadi, dia dan Noraida sudah berbincang dan penceraiaan ini dipersetujui secara bersama. Menurutnya lagi, perceraian mereka berlangsung dengan cara baik di kediaman mereka di Johor Bahru antara jam 4.30 dan 5 pagi dengan persetujuan Nooraida tanpa perasaan marah atau dendam.
“Selama empat bulan ini keadaan kami memang tidak stabil, kadang-kadang gembira, kadang kala bergaduh. Jadi kami tak mahu keadaan ini berterusan dan mengambil keputusan ini (bercerai) supaya masing-masing dapat meneruskan kehidupan yang sempurna. Memang berat, tetapi sebagai seorang suami saya sudah memaafkannya (Nooraida), dia juga terima dengan hati terbuka, dan meminta saya memaafkan setiap kesalahan dilakukan sepanjang 10 tahun kami bersama. Memang suasana ketika itu sedih, tetapi masing-masing tidak menangis. Kami cuba untuk menyokong antara satu sama lain, malah saya percaya ini (perceraian) satu daripada pengorbanan Nooraida untuk melihat saya tenang,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Pejabat Peguam Negara, semalam.
Amiruddin berkata, sebelum cerai dilafazkan dia dan Nooraida meluangkan masa bersama-sama dengan makan dan meronda sekitar bandar raya Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi.
“Sebaik pulang ke rumah, kami berbincang secara hati ke hati dan profesional sebelum saya melafazkan cerai talak satu terhadap Nooraida, tak ada emosional sebab kami saling faham memahami. Mungkin setakat ini saja jodoh yang kita bina selama 10 tahun dan benda ini (perceraian) berlaku mungkin tanda sayang dia pada saya,” katanya.
Katanya, permohonan perceraian akan difailkan di mahkamah Syariah Johor Bahru dalam masa terdekat. Menurutnya, anak perempuan tunggal mereka Noor Fasha Dania, 8, tahu mengenai keputusan itu dan memahami tindakan yang diambil mereka kerana anak mereka amat matang serta dapat menerima secara terbuka. Ditanya sama ada kes skandal yang dikaitkan dengan Adi dan isterinya menjadi punca perceraian mereka, dia enggan mengulas lanjut dan orang ramai boleh menilai dan memikirkannya sendiri.
Amiruddin berkata, selepas ini dia ingin memulihkan maruah dirinya serta memulihkan perhubungannya dengan keluarga terutama ibu serta adik beradik yang amat tertekan dengan kes itu. “Kes itu berlaku ketika saya masih suaminya, maruah dan moral saya tercalar. Perhubungan dengan ibu dan adik beradik saya menjadi tegang. Ibu saya sangat sedih dan tertekan, malah anak saya yang berumur lapan tahun juga terganggu,” katanya.
AMMBOI,COM