Translate

29 December 2013

RIZA AZIZ (ANAK ROSMAH) BELI KONDO US$33.5 JUTA DI NEW YORK

Anak Rosmah Beli Kondo RM110 Juta Di New York

pic/Malaysia Chroniclepic/Malaysia ChronicleANAK tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.
pic/ Malaysia Chroniclepic/ Malaysia Chronicle



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED