Translate

23 December 2013

2000 IKLAN AH LONG DITANGGALKAN DI SEKITAR SHAH ALAM

HAMPIR 2,000 IKLAN AH LONG DITANGGALKAN

Shah Alam, 23 Dis - Hampir 2,000 iklan pinjaman wang haram atau 'Ah Long' ditanggalkan di sini sepanjang tahun ini menerusi Op Cantas Ah Long yang berakhir hari ini. 




Operasi terakhir Op Cantas Ah Long, yang dijalankan melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bagi menanggalkan iklan-iklan sindiket dijalankan di sekitar Seksyen 25 di sini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan sindiket tersebut beroperasi di luar daerah itu dan hanya iklan saja dinaikkan di kawasan Shah Alam.

"Masyarakat dinasihatkan jangan pinjam dengan lintah darat ini kerana ia hanya membawa keburukan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri operasi terakhir itu.




Beliau berkata setiap nombor telefon pada iklan itu juga dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk disekat taliannya agar tiada pihak dapat menghubungi mereka.

Pegawai Penguatkuasa MBSA, Hairul Hanif Abdul Taib berkata sepanjang operasi tersebut tahun ini, seramai 15 lelaki yang berumur antara 17 tahun dan 23 tahun ditahan pihaknya ketika sedang menaikkan iklan-iklan tersebut. 



Mereka, katanya, dikenakan tindakan kompaun kerana melakukan vandalisme. Sasaran sindiket itu untuk menaikkan iklan mereka ialah tiang-tiang elektrik di tempat tumpuan awam, papan tanda jalan raya, kotak-kotak fius Tenaga Nasional, katanya. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED