Tasha Shila Akui Sedang Rapat Dengan Hans, Tunggu Pinangan
Minggu lalu, gambar Tasha Shilla bersama seorang jejaka bernama Hans yang bergelar peninju muay thai tersebar di internet dan menimbulkan tanda tanya apakah status hubungan mereka ketika ini — adakah ada cinta yang berputik.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Tasha Shila mengakui yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan jejaka yang di’maksudkan selepas berkenalan menerusi kawan kawan sekitar tiga bulan yang lalu dalam sebuah majlis.
“Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan,” ujar Tasha Shilla.
“Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak),” katanya yang mendambakan seorang lelaki yang romantik dan penyayang. (rtky/m)
Rotikaya
Baru Berkawan Dengan Hans, Tasha Shila Tunggu Pinangan
Selagi Selagi dia belum ada ikatan yang sah dengan sesiapa, samada bergelar kekasih hati, tunangan ataupun isteri orang, selagi itu dia berhak berkawan dengan mana-mana lelaki. Selepas reda gosip cintanya bersama seorang bergelar Dato', pelakon berusia 26 tahun ini dikaitkan pula dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.
Namun baru-baru ini kemesraan pelakon Tasha Shila dengan seorang pemuda menerusi gambarnya yang tersebar di ruang internet menimbulkan banyak tanda tanya. Dikhabarkan jejaka berbangsa Cina berusia awal 20-an yang dikenali sebagai Hans itu seorang peninju Muay Thai.
"Saya dengan dia baru berkawan. Baru tiga bulan kami kenal. Saya diperkenalkan pada Hans oleh seorang teman kami, di satu majlis. Hans ni seorang yang pemalu. Walaupun dia berketurunan Cina, saya tak kekok berkawan dengan dia sebab saya dah biasa. Lagipun saya ada kawan-kawan saya dikalangan bangsa Cina juga bangsa lain.
"Walaupun saya kawan dengan Hans, saya juga masih kawan baik lagi dengan Mahali. Secara kebetulan kedua-duanya atlit.
"Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak)", katanya yang mendambakan seorang lelaki yang romantik dan penyayang.
Perkembangan terbaru, Tasha bakal ke Bandung, Indonesia selama tiga minggu bagi menjalani penggambaran drama Dingin Sahara.
Selepas itu dia akan terbang ke Korea bagi menjalani penggambaran Gerimis Salju, yang menggandingkannya bersama pelakon Nazim Othman.
Malaysian Digest