PANAS!!! Adi Putra Berbohong, Skandal Tampil Beri Kenyataan
Isu skandal pelakon Adi Putra masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa namun kini wanita yang disabitkan dalam kes ini iaitu Nooraida mula bersuara dan memberi kenyataan di media Berita Harian.
Nooraida tampil mendedahkan kronologi perkenalan hubungan mereka sehinggalah perhubungan rahsia itu terbongkar. Nooraida juga memberitahu dia tidak kisah Adi Putra mengatakan bahawa tidak pernah mengenalinya secara bersemuka kerana mereka berhubung melalui aplikasi InstaMessage, Instagram dan WhatsApp.
Menurut Nooraida, kali pertama dia berhubungan dengan Adi Putra melalui aplikasi Intagram (IG) semasa aktor kacak itu berada di Tanah Suci kerana menunaikan Umrah. Sejak daripada pekenalan pertama itulah Adi mula mahu mengenalinya dengan lebih dekat dengan bertanyakan status, nama sebenar, tempat tinggal dan nombor telefon untuk terus berhubung biarpun mengetahui wanita itu sudah pun berkahwin.
“Saya mengenali Adi menerusi IG yang dikendalikan beliau iaitu adp_adiputra. Saya pula menggunakan nama aidaannefasha. Pada masa sama, Adi membuka ruang InstaMessage untuk peminat berhubung dengannya. Kebetulan waktu itu saya online dan Adi berada di Makkah, saya ucapkan selamat menunaikan umrah. Dia membalasnya dengan ucapan terima kasih.
“Dalam IG, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya beranggapan mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market.
“Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa sangat teruja. Itulah antara sebab mengapa saya masih melayannya dan sanggup terjebak dalam perhubungan itu.” jelas Nooraida.
Melalui laporan yang sama, Nooraida turut menyatakan Adi mahu bertemu dengan suaminya untuk menyelesaikan masalah secara baik, namun pelakon kelahiran Singapura itu secara tiba-tiba berubah fikiran.