Translate

11 December 2013

Rozita Pakai Barang Kemas Bernilai RM 11 Juta Tajaan Habib Jewels.

Rozita Pakai Barang Kemas Bernilai RM11 Juta di Malam Berinai

..Pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam, malam tadi.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.
Sesi pertama, Che Ta menggayakan barangan kemas delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.
Pada sesi kedua pula Rozita menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.
..
Pasangan itu akan dinikahkan pada malam Rabu (malam ini) di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib.

sumber : mStar onlin

Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED