Translate

01 April 2025

Enam ditahan susulan pergaduhan di Medan Seri Keramat



Enam ditahan susulan pergaduhan di Medan Seri Keramat

Bernama

01/04/2025


Ketika berada di Balai Polis Hulu Kelang, salah seorang suspek telah menumbuk muka dan menendang badan seorang lagi suspek. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian pergaduhan antara dua kumpulan yang melibatkan 10 lelaki di Medan Seri Keramat, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua warga tempatan berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Hulu Kelang pada 2.30 pagi tadi dengan dua daripada mereka didapati mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Beliau berkata, pihak polis telah menerima aduan berkaitan pergaduhan di lokasi berkenaan pada pukul 12.19 tengah malam tadi.

"Siasatan mendapati rusuhan berpunca apabila salah seorang dari kumpulan suspek telah membuat provokasi, menyebabkan seorang lagi suspek menghubungi rakan-rakannya lalu berlakunya pergaduhan.

"Seorang suspek mengalami kecederaan dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azam berkata, ketika berada di Balai Polis Hulu Kelang, salah seorang suspek telah menumbuk muka dan menendang badan seorang lagi suspek.

"Pihak polis telah menghalang dan menahan suspek kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis," katanya.

Beliau berkata, reman terhadap semua lelaki itu dibenarkan selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 11 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 49 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr ago
A visitor from Janakpur viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 1 hr 5 mins ago