Translate

01 April 2025

Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepada siswazah antarabangsa UTM



Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepada siswazah antarabangsa UTM

Bernama

01/04/2025


Antara siswazah antarabangsa menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan mengurniakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas solat sunat Aidilfitri, seramai 500 siswazah antarabangsa dari lebih 10 negara berkumpul di Blok UTM International untuk menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan.

Naib Canselor UTM, Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim dalam ucapan menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UTM mengurniakan jamuan itu, berharap pelajar antarabangsa yang tiada kesempatan pulang ke negara mereka dapat merasai suasana sambutan hari raya di kampus.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abd Rahim.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cyberjaya viewed 'Kerajaan benar pertukaran majikan r' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lebih 1,270 PATI Ditahan | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 13 mins ago
A visitor from Vinh long viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga anggota Along Jep didakwa rompak, sembunyi ke' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan benar pertukaran majikan r' 1 hr 19 mins ago