Translate

01 April 2025

Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ini



Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ini

Bernama

01/04/2025


Menara Pejabat Kronos telah diperiksa sepenuhnya oleh jurutera bertauliah dan disahkan berada dalam keadaan kukuh serta selamat. - Gambar Bernama


BANGKOK: Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi hari ini (Selasa) selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lepas.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata, kedutaan itu kini beroperasi di tingkat 17 Menara Pejabat Kronos di Jalan Sathorn dan keseluruhan bangunan itu telah ditutup oleh pihak berkuasa pada Jumaat.

Beliau berkata, Menara Pejabat Kronos telah diperiksa sepenuhnya oleh jurutera bertauliah dan disahkan berada dalam keadaan kukuh serta selamat tanpa sebarang kerosakan.

"Dengan pembukaan semula Menara Pejabat Kronos, kedutaan akan kembali beroperasi seperti biasa di tingkat 17 mulai 1 April," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Isnin.

Bong berkata, kedutaan itu ditutup pada Isnin sempena sambutan Aidilfitri.

Pada Jumaat lepas, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda Wilayah Sagaing, Myanmar sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan, diikuti satu lagi gegaran bermagnitud 6.4.

Gempa bumi itu menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand dan setakat ini meragut 18 nyawa, sementara puluhan lagi masih hilang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 2 hrs ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 5 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 30 mins ago