Translate

01 April 2025

322 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam 10 hari - PBB



322 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam 10 hari - PBB

Agensi

01/04/2025


Dunia tidak boleh berdiam diri dan membiarkan pembunuhan serta penderitaan kanak-kanak ini berterusan, kata UNICEF. - Gambar fail Reuters


NEW YORK: Serangan terbaharu Israel di Gaza dilaporkan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 322 kanak-kanak terbunuh dan 609 cedera dalam tempoh 10 hari terakhir, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin.

Angka ini termasuk kanak-kanak yang dilaporkan terbunuh atau cedera ketika jabatan pembedahan Hospital Al Nasser di selatan Gaza terkena serangan pada 23 Mac, menurut kenyataan agensi kanak-kanak PBB itu.

Menurut UNICEF, kebanyakan kanak-kanak ini adalah pelarian, berlindung dalam khemah sementara atau rumah yang telah rosak akibat perang.

Selepas hampir dua bulan gencatan senjata dalam perang dengan Hamas, Israel kembali mengebom Gaza secara besar-besaran pada 18 Mac, diikuti dengan serangan darat baharu.

“Gencatan senjata di Gaza memberikan sinar harapan dan peluang pemulihan kepada kanak-kanak di sana,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.

“Tetapi kini mereka kembali terperangkap dalam kitaran keganasan dan penderitaan.”

Russell menegaskan, semua pihak mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk melindungi kanak-kanak.

Krisis kemanusiaan

Dalam kenyataannya, UNICEF turut melaporkan, selepas hampir 18 bulan peperangan berlanjutan, lebih 15,000 kanak-kanak telah dilaporkan terbunuh, lebih 34,000 cedera dan hampir sejuta kanak-kanak telah kehilangan tempat tinggal serta dinafikan akses kepada perkhidmatan asas.

UNICEF menyeru penghentian segera pertempuran dan mendesak Israel untuk menamatkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dikuatkuasakan sejak 2 Mac.

UNICEF turut menuntut agar kanak-kanak yang sakit atau cedera dipindahkan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

"Makanan, air bersih, tempat perlindungan dan rawatan perubatan semakin sukar diperoleh. Tanpa bekalan asas ini, malnutrisi, penyakit dan keadaan lain yang boleh dicegah akan meningkat, membawa kepada lebih banyak kematian dalam kalangan kanak-kanak," kata kenyataan UNICEF.

"Dunia tidak boleh berdiam diri dan membiarkan pembunuhan serta penderitaan kanak-kanak ini berterusan." - Agensi

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 7 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 16 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMANDU KERETA PROTON SAGA HITAM DICARI | BEST FBK' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Van Kilang | BE' 1 hr 10 mins ago