Translate

21 March 2025

Situasi banjir semakin buruk di Johor, Sabah dan Sarawak



Situasi banjir semakin buruk di Johor, Sabah dan Sarawak

Bernama

21/03/2025


Keadaan rumah dan jalan raya serta kenderaan yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau berikutan hujan beterusan sejak semalam (19 Mac) ketika tinjauan di Johor Bahru, 20 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor, Sabah dan Sarawak bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan peningkatan setakat 8 pagi ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 10,763 daripada 3,018 keluarga yang ditempatkan di 98 PPS di lima daerah terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 4,291 orang, diikuti Kluang (2,163), Kota Tinggi (1,762), Pontian (1,395) dan Kulai sebanyak 1,152 orang.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,248 daripada 396 keluarga yang dipindahkan ke 11 PPS.

"Sebanyak 14 kampung terjejas, iaitu lima di Kota Marudu, masing-masing dua di Sandakan, Beluran, Paitan dan Matunggong serta satu kampung di Pitas. Peningkatan jumlah dipindahkan hanya di Kota Marudu pagi ini manakala daerah lain kekal," menurut kenyataan itu.

Di SARAWAK, tiga PPS baharu dibuka bagi menampung jumlah mangsa banjir yang kini mencecah 274 orang.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS Balai Raya Song yang pertama dibuka semalam, kini menempatkan 198 mangsa.

Tiga PPS baharu, iaitu Asrama Belia Kapit menempatkan 31 mangsa, Dewan Kompleks Sukan Kanowit (38), dan Dewan Komuniti Sibu Jaya (7).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '50 per cent Aidilfitri toll discount on March 28 a' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed '76,000 ekor babi dijangkiti ASF di Selangor selesa' 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nanta minta laporan segera darip' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'APM guna dron dalam Op Prihatin sempena Aidilfitri' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DVS Selangor lupus 14,000 babi dijangkiti ASF seta' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 22 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 23 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Two reports of incidents of rape and sodomy involv' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed '50 per cent Aidilfitri toll discount on March 28 a' 31 mins ago