Translate

16 March 2025

Raymon Ram dipilih sebagai Presiden TI-M baharu



Raymon Ram dipilih sebagai Presiden TI-M baharu

Bernama

15/03/2025


Pakar pengurusan jenayah ekonomi Raymon Ram dipilih sebagai Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) yang baharu bagi penggal 2025-2027 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-27 di Petaling Jaya. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Pakar pengurusan jenayah ekonomi Raymon Ram dipilih sebagai Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) yang baharu bagi penggal 2025-2027 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-27 di Petaling Jaya.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Dr Muhammad Mohan yang menamatkan perkhidmatannya selepas berakhir had penggal enam tahun. Beliau menerajui TI-M sejak 2019.

Menurut kenyataan TI-M hari ini, Raymon yang juga bekas Setiausaha Agung TI-M mempunyai pengalaman luas dalam siasatan penipuan korporat dan pemulihan aset.

"Raymon turut mengendalikan pelbagai program latihan pencegahan penipuan untuk agensi penguatkuasaan undang-undang dan entiti sektor swasta.

"Semasa memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung, beliau memainkan peranan penting dalam memajukan misi organisasi dalam menggalakkan ketelusan dan integriti di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Beliau memperoleh pelbagai kelayakan profesional antaranya termasuklah Pemeriksa Penipuan Bertauliah (CFE), Pakar Pencegahan Pengubahan Wang Haram Bertauliah (CAMS) dan Sijil Tadbir Urus Korporat daripada Basel Institute of Governance, Switzerland.

Sementara itu, jawatan untuk Timbalan Presiden disandang oleh Chew Phye Keat, Nuridzuana Ismail sebagai Setiausaha Agung manakala Dr Geetha Rubasundram dipilih menjadi Bendahari.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif ialah S. Nisha Kamilla, Muhammad Nazri Shaidon, Balbeer Singh, Sahul Hamid Mohamed Maiddin, Zalily Mohamed Zaman Khan, dan Fareedah Kamarulzaman.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 16 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 22 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 54 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 26 mins ago