Translate

15 March 2025

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan



Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan

Bernama

15/03/2025


Dr Zaliha (kiri) ketika melawat Tapak Cadangan Waterfront Labuan di kawasan Jeti Pasar Lama, Pusat Bandar Labuan hari ini. -Bernama


LABUAN: Labuan, hab perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia bakal melalui transformasi penting dengan cadangan Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilai RM78 juta untuk menjana manfaat ekonomi dan meningkatkan daya tarikan pelancong.

Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilai RM78 juta di Labuan dijangka merangsang pelaburan dan meningkatkan daya tarikan pelancong.

Pembangunan ini termasuk ruang rekreasi, pengalaman gastronomi, bazar makanan, aktiviti sukan laut, dan perkhidmatan teksi air.

Projek ini bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan meningkatkan tarikan hiburan malam di kawasan tersebut.

Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa melawat tapak projek tersebut hari ini dan diberi taklimat mengenai rancangan pembangunannya oleh pemangku pengarah Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan Labuan Ag Aizal Ag Anak.

Dr Zaliha berkata projek itu dijangka merangsang pelaburan, merancakkan aktiviti ekonomi dan mewujudkan kluster ekonomi yang seterusnya dapat memperkukuh sektor pelancongan.

Menurut taklimat itu, cadangan pembangunan tersebut termasuk ruang rekreasi, pengalaman gastronomi (makanan, budaya dan tradisi), tempat untuk perhimpunan sosial dan acara awam, bazar makanan, aktiviti sukan laut, persiaran, penambahbaikan pencahayaan estetik, perkhidmatan teksi air dan kemudahan tempat letak kereta.

Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk merealisasikan visi Chase City di bawah Rancangan Tempatan Labuan 2040 yang sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030 dan inisiatif menumpukan kepada pelancongan pintar, konsep bandar hijau dan selamat, rekreasi awam, dan kemampanan sosio-ekonomi.

Inisiatif itu yang dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Labuan (LC), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama-sama persatuan berkaitan pelancongan dan firma swasta.

Aspek utama projek itu adalah untuk meningkat tarikan hiburan malam di kawasan tersebut termasuk pasar lambak Labuan/Pasar uptown, denai malam, denai melihat bintang, restoran malam tepi laut dan bistro.

Dr Zaliha berkata pembangunan itu akan menjana manfaat ekonomi jangka panjang kepada masyarakat setempat dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk pulau itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 1 hr 16 mins ago