Translate

20 March 2025

Polis bertindak ultra vires halang perarakan, perhimpunan Majlis Peguam pada 2022 - Mahkamah



Polis bertindak ultra vires halang perarakan, perhimpunan Majlis Peguam pada 2022 - Mahkamah

Bernama

20/03/2025


Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa polis telah bertindak ultra vires atau melampaui kuasa yang sah apabila mengenakan syarat melarang sama sekali perhimpunan dan perarakan anjuran Majlis Peguam Malaysia pada 2022. - Gambar fail/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa polis telah bertindak ultra vires atau melampaui kuasa yang sah apabila mengenakan syarat melarang sama sekali perhimpunan dan perarakan anjuran Majlis Peguam Malaysia (Walk for Judicial Independence) pada 2022.

Perhimpunan dan perarakan itu diadakan bagi membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang secara terbuka mengumumkan siasatan ke atas seorang Hakim Mahkamah Rayuan (Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali), yang dianggap sebagai campur tangan terhadap kebebasan badan kehakiman serta melanggar prinsip asas pengasingan kuasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong memutuskan bahawa Akta Perhimpunan Aman tidak membenarkan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya, selaku defendan pertama, bertindak menghentikan atau melarang perhimpunan itu daripada diadakan.

"Beliau hanya boleh mengenakan syarat agar penganjur memastikan keselamatan peserta dan mengelak daripada mengganggu pengguna jalan raya.

"Mahkamah ini mengisytiharkan bahawa defendan pertama selaku pegawai yang menjaga Daerah Dang Wangi telah bertindak ultra vires pada 15 Jun 2022 dalam mengenakan syarat di bawah Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang melarang perarakan ke Parlimen oleh perhimpunan yang akan dianjurkan pihak plaintif pada 17 Jun 2022 dan bertindak ultra vires pada 17 Jun 17 2022 dalam melarang perarakan tersebut dijalankan.

"Maka mahkamah menetapkan ganti rugi nominal sebanyak RM1 yang perlu dibayar oleh pihak defendan kepada plaintif pertama," katanya sambil menambah tiada perintah berkaitan kos kerana kes itu membabitkan kepentingan awam.

Ganti rugi nominal itu diberikan susulan cadangan peguam New Sin Yew, yang mewakili Majlis Peguam, dan dipersetujui oleh Peguam Kanan Persekutuan Mohammad Al-Saifi Hashim.

Pada 20 Okt 2022, Presiden Majlis Peguam ketika itu Karen Cheah Yee Lynn, Presiden semasa Mohamad Ezri Abdul Wahab, Naib Presiden B. Anand Raj dan Setiausahanya, Murshidah Mustafa selaku plaintif pertama hingga kelima telah memfailkan saman itu menerusi Tetuan AmerBON di Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka menamakan Noor Dellhan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah DSP Nuzulan Mohd Din, PDRM, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa kesemua defendan telah melanggar hak mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan melarang plaintif dan 500 ahli serta pelatih mereka daripada mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta Padang Merbok, Jalan Parlimen ke pintu masuk utama bangunan Parlimen pada 17 Jun 2022 untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau wakil beliau.

Kesemua plaintif mendakwa defendan telah melakukan salah laku dalam jawatan awam (misfeasans) dengan menahan mereka secara salah, menyebabkan mereka hilang kebebasan dan merosakkan reputasi mereka susulan penahanan salah selain mengalami kerugian sebanyak RM19,449 di pihak Majlis Peguam untuk kos yang ditanggung bagi perarakan itu.

Plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM19,449, ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos selain deklarasi bahawa hak-hak mereka telah dilanggar manakala penahanan mereka adalah salah dan tidak sah di sisi undang-undang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 min ago
A visitor from Oregon viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 6 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 16 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 17 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Nation celebrates dedicati' 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tu' 18 mins ago