Translate

16 March 2025

Pemilihan PKR: Nurul Izzah bakal pertahan jawatan Naib Presiden



Pemilihan PKR: Nurul Izzah bakal pertahan jawatan Naib Presiden

Bernama

16/03/2025


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat atas hasratnya untuk meraikan bakat dalam parti sebagai usaha 'regenerasi' atau penjanaan semula PKR selain memperkukuh parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.

"Saya berharap anggota-anggota parti dapat memberikan saya peluang untuk menggalas bebanan selari dengan konsep fardu kifayah kerana sejak awal masa penubuhan parti saya masuk ke gelanggang (politik) pun berdasarkan mahu melunaskan konsep fardu kifayah, maka saya berharap dalam pemilihan kali ini pertandingan dalam semangat kekeluargaan.

"... kita mahu agar berlangsungnya semangat kekitaan dalam satu usaha di mana bila kita dapat menyatukan hati-hati dan memastikan bakat yang terbaik dapat diberikan ruang dan peluang bukan sekadar untuk menjadi calon sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan Kasih Ramadan dan Moreh di Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak di sini hari ini.

Nurul Izzah berkata beliau tidak akan mengambil mudah dan akan melakukan sedaya upaya untuk memenangi jawatan itu.

"Kita faham dalam konteks parti dan Kerajaan Perpaduan sudah tentu ada dinamik-dinamiknya yang tersendiri tapi saya fikir untuk PKR yang kalis cabaran masa hadapan dan mampu terus utuh, kita harus melakukan sedaya mungkin untuk bersama," katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu direstui bapanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan ibu, Nurul Izzah berkata beliau secara prinsip mendapat keizinan mereka dan seterusnya menawarkan diri untuk proses pencalonan di peringkat cabang.

Terdahulu, Nurul Izzah mewakili isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada kira-kira 200 penerima termasuk ibu tunggal dan asnaf di kawasan Parlimen itu.

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin dan Chan Ming Kai.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed '| BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac |' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki ditahan tumbuk kepala penunggang motosikal ' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelab' 18 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'Serangan udara AS-UK di Yaman ragut sekurang-kuran' 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trum' 25 mins ago
A visitor from Orai viewed 'Geologists Might Have Stumbled Upon the Largest Go' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18 | BES' 1 hr 22 mins ago