Translate

19 March 2025

Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the Year 20024’ IABC Asia Pasifik



Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the Year 20024’ IABC Asia Pasifik

Bernama

19/03/2025


Mohd Said Bani melakar rekod sebagai pengamal komunikasi pertama dari Malaysia meraih anugerah 'Communicator of the Year 2024' International Association of Business Communicators (IABC) Asia Pasifik (APAC). - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia, Prof Mohd Said Bani CM Din meraih anugerah 'Communicator of the Year 2024' International Association of Business Communicators (IABC) Asia Pasifik (APAC).

PRCA Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, anugerah itu disampaikan pada majlis berprestij di Manila, Filipina pada Ahad lepas, sekali gus menandakan pengamal komunikasi pertama dari Malaysia menerima anugerah itu.

"Dengan lebih 30 tahun kecemerlangan dalam perhubungan awam, hal ehwal korporat dan strategi media, Mohd Said Bani telah mengubah persepsi terhadap peranan komunikasi sebagai pemangkin impak sosial dan korporat.

"Selaku pengasas bzBee Consult, beliau terus membentuk industri dengan kepimpinan berwawasan dan pengaruh transformasinya," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, IABC APAC turut memuji legasi Mohd Said Bani dan komitmen beliau dalam memajukan komunikasi yang beretika, telus, dan berimpak, sambil menyatakan anugerah berkenaan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemimpin global dan mengangkat nama Malaysia di persada industri komunikasi antarabangsa.

"Kejayaan bersejarah Prof Mohd Said Bani bukan sahaja pencapaian peribadi, tetapi juga satu pencapaian penting bagi industri komunikasi di Malaysia.

"Hasil kerjanya telah mengubah persepsi terhadap komunikasi, bukan sekadar sebagai fungsi sokongan tetapi tiang asas pengaruh, kepercayaan dan transformasi," menurut jurucakap IABC APAC menerusi kenyataan itu.

Sementara itu, Mohd Said Bani menzahirkan terima kasih kepada IABC APAC dan menegaskan keyakinannya terhadap kuasa transformasi komunikasi.

"Komunikasi lebih daripada sekadar kata-kata, ia jambatan menghubungkan manusia, memberi inspirasi untuk perubahan dan membina kepercayaan.

"Memenangi anugerah Communicator of the Year 2024 bukan sekadar pencapaian peribadi, malah satu bukti kepada kekuatan penceritaan beretika, ketelusan, dan dialog yang berlandaskan tujuan dalam membentuk Malaysia yang lebih baik dan bersatu, serta dunia lebih harmoni," katanya.

Menurut kenyataan itu, anugerah terbabit juga adalah kejayaan untuk industri perhubungan awam dan komunikasi Malaysia, pengiktirafan terhadap potensinya di pentas global dan peringatan yang kuat mengenai impak komunikasi yang beretika, telus dan berlandaskan tujuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Lelaki didakwa pandu secara berbahaya dalam inside' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Menteri Di JPM Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Positi' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 5 hrs 55 mins ago