Translate

21 March 2025

Malaysia tersenarai dalam 10 destinasi persaraan terbaik dunia - Laporan International Living



Malaysia tersenarai dalam 10 destinasi persaraan terbaik dunia - Laporan International Living

Bernama

21/03/2025


Malaysia dan Thailand merupakan dua negara di Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas, dengan Thailand berada di kedudukan ke-10. - Gambar hiasan/Reuters


KUALA LUMPUR: Malaysia mengukuhkan reputasinya sebagai satu daripada 10 negara terbaik untuk persaraan bagi 2025 oleh International Living, menduduki tempat ketujuh dalam Annual Global Retirement Index terbitan majalah itu.

Malaysia menduduki tempat ketujuh dalam senarai 10 negara terbaik untuk persaraan bagi 2025 oleh International Living.

Malaysia menarik pesara asing dengan kos sara hidup yang rendah, infrastruktur yang baik, dan kepelbagaian budaya yang unik.

Malaysia menawarkan kemudahan moden, populasi yang fasih berbahasa Inggeris, dan pilihan visa jangka panjang seperti program Malaysia My Second Home (MM2H).

Senarai yang dinanti-nantikan itu dikeluarkan baru-baru ini oleh majalah yang berpangkalan di Ireland, menilai 20 negara berdasarkan beberapa faktor utama termasuk kos sara hidup, penjagaan kesihatan, pilihan visa dan pemastautin, iklim, tadbir urus serta gaya hidup.

Malaysia dan Thailand merupakan dua negara di Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas, dengan Thailand berada di kedudukan ke-10.

Laporan itu menekankan daya tarikan Malaysia kepada pesara asing berikutan faktor kos sara hidup yang rendah, infrastruktur yang baik serta kepelbagaian budaya yang unik.

"Malaysia menawarkan gabungan luar biasa antara kos yang berpatutan, kemudahan perubatan bertaraf tinggi dan budaya yang kaya, menjadikannya destinasi yang mudah diakses dan memberi pengalaman bermakna kepada pesara," menurut laporan itu.

Di Kuala Lumpur, kadar sewa jauh lebih rendah berbanding bandar utama di Barat, dengan sebuah pangsapuri satu bilik boleh disewa pada harga antara AS$300 hingga AS$500 sebulan, manakala kos utiliti sekitar AS$40 hingga AS$60.

Kos makan di luar juga sangat berpatutan, dengan hidangan tempatan boleh dinikmati serendah AS$2 hingga AS$3.

Sementara itu, bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka menawarkan kos sara hidup yang lebih berbaloi dengan suasana yang lebih santai, menjadikannya lokasi persaraan yang menarik.

Laporan itu turut memuji iklim tropika Malaysia dengan suhu sepanjang tahun antara 25 hingga 35 darjah Celsius.

Ditambah dengan kemudahan moden dan populasi yang fasih berbahasa Inggeris, peralihan bagi pesara asing menjadi lebih mudah.

Pilihan visa jangka panjang seperti program Malaysia My Second Home (MM2H) juga diiktiraf sebagai antara kelebihan bagi warga asing yang ingin bersara di Malaysia.

Panama menduduki tempat teratas dalam indeks 2025, diikuti Portugal, Costa Rica, Mexico, Perancis dan Sepanyol. Negara lain dalam kelompok 10 teratas termasuk Greece dan Itali.

Laporan penuh boleh layari: https://internationalliving.com/the-best-places-to-retire/

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 10 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 14 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Prebet Meninggal Dunia Akibat Hentakan Kuat Di Dad' 29 mins ago
A visitor from Tokyo viewed '24 lagi rakyat Malaysia terlibat sindiket penipuan' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 39 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 40 mins ago