Translate

20 March 2025

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya



KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya

Bernama

20/03/2025


Tiket tren ETS tambahan sempena sambutan Aidilfitri akan mula dijual hari ini (20 Mac) bermula jam 10 pagi. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral - Butterworth dan sebaliknya serta KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.

KTMB dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa empat perkhidmatan ETS tambahan itu melibatkan perjalanan dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu pada 28 dan 30 Mac, serta dua hari selepas sambutan Aidilfitri, iaitu pada 5 dan 6 April ini.

"Perkhidmatan ini menawarkan 1,254 tempat duduk setiap hari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna," menurut kenyataan itu, yang turut memaklumkan bahawa tiket tren tambahan akan mula dijual hari ini (20 Mac) bermula jam 10 pagi.

Pada 3 Mac lalu, KTMB telah menawarkan empat perkhidmatan ETS tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April 2025 berikutan tiket tren berjadual sedia ada telah habis dijual.

Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sebanyak 40 tren sehari sepanjang tempoh 28 Mac hingga 6 April, dengan jumlah tempat duduk sebanyak 117,996.

Para pengguna boleh membeli tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), mesin kios atau di laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 8 mins ago
A visitor from Florida viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Benda dah viraI tunggu kena kutip je | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PoIis Siasat 3 Anggota Buat Roadblock Di Serdang |' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 38 mins ago
A visitor from Washington viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 45 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'July 2018' 57 mins ago
A visitor from Inglewood viewed 'Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel' 57 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 58 mins ago