Translate

31 March 2025

Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia untuk pembedahan anak



Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia untuk pembedahan anak

Bernama

31/03/2025



Mereka kini sedang menunggu temu duga visa di kedutaan AS di Malaysia dan berharap dapat berlepas ke negara itu antara 12 hingga 14 April. - Foto: R Selva Ganapathy


KUALA LUMPUR: Bapa kepada S. Harsheetaa Sai yang berusia lapan tahun merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sumbangan yang diberikan sehingga membolehkan RM1.5 juta berjaya dikumpul untuk pembedahan jantung anaknya di Amerika Syarikat.

R. Selva Ganapathy, 42, berkata jumlah itu berjaya dikumpulkan hanya dalam tempoh kurang sebulan selepas media melaporkan mengenai kisah anak perempuannya yang menghidap penyakit jantung kongenital.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kemurahan hati dan sokongan padu anda semua dalam saat mencabar ini. Terima kasih kepada keprihatinan anda, kami telah capai sasaran kutipan yang diperlukan untuk rawatan anak saya.

"Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menghulurkan sumbangan yang membantu meringankan beban kewangan kami. Dengan sumbangan anda, kami kini dapat meneruskan rawatan dan pembedahan seterusnya di Boston Children's Hospital," katanya kepada Bernama.

Selva Ganapathy yang juga seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswathy di Sungai Buloh berkata beliau kini sedang menunggu temu duga visa di kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan berharap dapat berlepas ke negara itu antara 12 hingga 14 April.

Harsheetaa Sai yang bersekolah di tempat sama bapanya mengajar menghidap penyakit itu sejak lahir dan memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan di hospital berkenaan yang terkenal dengan kepakaran dalam merawat masalah jantung yang kompleks.

Pada 20 Mac, Anwar menghulurkan sumbangan kepada keluarga Harsheetaa Sai yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah kanak-kanak itu di Batu Caves, Selangor.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 20 secs ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '251 calon tawar diri bertandin' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru dua lelaki curi BMW R1300GS | BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago