Translate

21 March 2025

Anwar umum Bantuan Khas Aidilfitri RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam



Anwar umum Bantuan Khas Aidilfitri RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam

Bernama

21/03/2025


Anwar berkata bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim


CHUKAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

Beliau berkata bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.

"Tadi saya umumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam. Ini termasuk (BKK sebanyak RM250 kepada) veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen serta pesara.

"Malam ini saya nak tambah kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di sini malam.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan bersetuju memberikan bantuan itu sebagai menghargai sumbangan besar golongan tersebut.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 6 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 7 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Nation celebrates dedicati' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tu' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dua RUU berkaitan ekonomi diluluskan di Dewan Raky' 8 mins ago
A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 21 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 31 mins ago