Translate

20 March 2025

Anita Azrin Pengerusi PSM baharu



Anita Azrin Pengerusi PSM baharu

Bernama

20/03/2025


Datin Anita Azrina Abdul Aziz. - Foto Petronas


KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu berkuat kuasa hari ini.

Perkembangan itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memaklumkan, Anita Azrina akan menjawat jawatan itu bagi penggal 2025-2027.

Beliau berkata, selain Anita Azrina, pihaknya turut melantik Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John sebagai Timbalan Pengerusi PSM yang baharu.

"Kedua-dua mereka (Anita Azrina dan Windsor) merupakan ahli lembaga PSM sebelum ini.

"Saya percaya pengalaman dimiliki Datin Anita Azrina yang merupakan bekas ahli korporat Petronas dan Windsor yang mahir mengenai bola sepak mampu meneruskan usaha dilakukan oleh mantan pengerusi Datuk Hans Isaac," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa Kementerian Belia dan Sukan-Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM), di sini, semalam.

Pada Isnin lepas, Hans menerusi Instagram mengumumkan beliau tidak lagi memegang jawatan Pengerusi PSM yang disandangnya sejak dua tahun lepas.

Sebagai rekod, sejak Hans memegang jawatan Pengerusi PSM, beliau berjaya memastikan entiti itu berpendapatan tinggi sebanyak RM10.64 juta pada 2024.

Stadium Nasional Bukit Jalil berhasil menyumbang RM1.8 juta daripada pendapatan yang dijana menerusi aktiviti bukan sukan seperti penganjuran konsert.

Hannah berharap pelantikan Anita Azrina dan Windsor mampu melancarkan program menaik taraf Kuala Lumpur (KL) Sports City sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

"Saya nak KL Sports City akan terus diubah suai menjadi satu tempat untuk sukan dan rekreasi bertaraf dunia," katanya.

Sementara itu, Hannah turut mengucapkan tahniah kepada atlet tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam (Tun Hakim) yang melakar sejarah apabila menjadi pemain Malaysia pertama memenangi gelaran di Jelajah Persatuan Pemain-Pemain Boling Profesional (PBA).

Hannah juga berharap skuad tenpin boling terus mengharumkan nama negara dalam kejohanan disertai mereka.

Semalam, Tun Hakim, 25, dinobatkan sebagai juara PBA Chameleon selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat Kevin McCune 269-227 dalam saingan akhir stepladder di National Bowling Stadium Reno, Nevada.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAG terima 30 pesawat berbadan sempit Boeing 737 b' 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terim' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 24 mins ago
A visitor from California viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 29 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Dusseldorf viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 53 mins ago