Translate

19 January 2025

Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah



Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah

Bernama

19/01/2025


Pengarah Jabatan Kastam Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (kanan) menunjukkan pelbagai jenis jenama rokok yang dirampas pada sidang media di Pejabat Penguatkuasaan Kastam Pengkalan Kubor hari ini.- Foto Bernama


TUMPAT: Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai, selepas sebuah lori ditahan di Kampung Belimbing, Tanah Merah pada 12 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Kastam Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata rampasan itu melibatkan 539,400 batang rokok buatan China yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk memenuhi keperluan pekerja warga China di Lembah Klang.

"Nilai rokok yang dirampas dianggarkan RM102,486, manakala cukainya bernilai RM366,252.60. Sebuah lori Hino bernilai RM180,000 turut dirampas," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED