Translate

12 January 2025

Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan



Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan

Bernama

12/01/2025


Anggota Hazmat menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian. - Foto JBPM

KOTA KINABALU: Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata semua mangsa dipercayai terhidu racun serangga jenis Carbosulfan UN3077 ketika menjalankan aktiviti membaja pokok sawit di ladang seluas lapan hektar pada pukul 9 pagi.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.11 petang. Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan Unit Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai bomba.

"Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian," menurut kenyataan itu.

Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba kemudian bertindak menutup kawasan dan membuat persempadanan dengan memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud dan operasi ditamatkan 6.40 petang.

JPBM Sabah memaklumkan setakat ini lapan mangsa sudah keluar dari Unit Kecemasan hospital berkenaan dan seorang lagi masih dirawat namun dilaporkan stabil.

-- BERNAMA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED