Translate

23 January 2025

Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan



Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan

Bernama

23/01/2025


Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500. - BERNAMA


KOTA BHARU: Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.

Menurut sumber suspek meminta wang itu daripada seorang lelaki yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952, baru-baru ini.

Pegawai itu ditahan di pejabatnya di sekitar Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi.

Sementara itu Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa suspek akan dibawa ke Mahkamah Gua Musang untuk proses reman pagi esok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED