Translate

30 January 2025

Polis kesan tiga lagi suspek terbabit rempuhan sekumpulan individu



Polis kesan tiga lagi suspek terbabit rempuhan sekumpulan individu

Buletin TV3

30 Januari 2025



KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari membabitkan dua kenderaan yang merempuh sekumpulan individu berhampiran pusat hiburan, di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, setakat ini lima suspek sudah ditahan di sekitar Banting, Selangor.

“Semakan mendapati semua mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Tiga lagi suspek yang masih bebas sedang dikesan dan suspek diminta untuk menyerah diri kepada pihak polis.

“Semua suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula 'gummy' Masih Kriti' 59 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya Anak Jantan, Saya Sedia Disaman K' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wyndham Acmar Klang's "Legenda Rasa" Ramadan Buffe' 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wyndham Acmar Klang's "Legenda Rasa" Ramadan Buffe' 27 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Saya Anak Jantan, Saya Sedia Disaman K' 44 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Saya Anak Jantan, Saya Sedia Disaman K' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula 'gummy' Masih Kriti' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Tiada lagi larangan bercer' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula 'gummy' Masih Kriti' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas KSU Kementerian bebas tuduhan bersubahat ter' 1 hr 26 mins ago