Translate
12 January 2025
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Bernama
11/01/2025
Lima sekeluarga termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, pada petang Sabtu. - Foto BBP Kuala Rompin
KUANTAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 malam dan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi serta Kuala Rompin digegaskan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Proton Wira Aeroback dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Rompin ke Nenasi manakala MPV Nissan Grand Livina bergerak dari Nenasi ke Rompin.
"Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki oleh lima mangsa iaitu lelaki dan wanita dewasa serta masing-masing kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata dua lagi mangsa yang menaiki Nissan Grand Livina mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut akan dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.
Beliau berkata identiti kesemua mangsa masih dalam siasatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata lima sekeluarga termasuk bayi yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan itu telah dikenal pasti pihak polis.
Beliau berkata mangsa yang merupakan pekerja bengkel dan juga pemandu kenderaan Proton Wira itu ialah Hamzah Zahari, 52 tahun, bersama isterinya, Rahimah Awang Muda, 38 tahun, dan anak mereka, Ainul Mardhiyah Hamzah, 10 tahun, Muhammad Lutfi Hamzah, 4 tahun, dan Muhammad Luqman, 8 bulan.
"Hasil siasatan awal mendapati kenderaan Proton Wira yang dipandu mangsa dari arah Rompin menghala ke Nenasi manakala MPV jenis Nissan Grand Livina dari arah Kuantan menghala ke Rompin.
"Apabila sampai di tempat kejadian, Proton Wira yang dipandu mangsa telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar MPV yang sedang bergerak lurus dan akibat kemalangan itu, lima sekeluarga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mohd Zaidi berkata dua mangsa dalam MPV yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Rompin dikenal pasti sebagai anggota bomba Balai Indera Mahkota, Kuantan, Wahaid Zakaria, 51 tahun, yang juga pemandu dan isterinya, Salasiah Abdul Latif, 43 tahun, guru Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan.
Beliau berkata proses bedah siasat bermula pukul 11 malam tadi di Hospital Pekan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesemua mangsa dijangka dikebumikan esok pagi.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
-
Lelaki mati ditembak ketika sedang makan dengan rakan BuletinTV3 08 Januari 2025 Tangkap layar video memaparkan lelaki maut ditembak di Tam...
-
Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib tidak cukup tidur Bernama 06/01/2025 Najib membela diri terhadap 25 pertuduhan termasuk e...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
Blog Archive
-
▼
2025
(566)
-
▼
Jan 2025
(566)
- Mel Gibson's message to Newsom: 'Spend less on hai...
- Adendum: Isham Mohon Majlis Raja-Raja Bersidang
- Letupan Kuat Apa Di Seri Kembangan?
- Jangan Seret Majlis Raja-Raja - Hassan
- Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
- Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditip...
- 150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan ...
- Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
- Mangsa di Johor terus meningkat
- Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
- Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau M...
- Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat di...
- Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV ...
- Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak beru...
- Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di ...
- Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kera...
- Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi di...
- Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
- Satu kes baharu mpox dilaporkan di Malaysia
- Baiknya David Teo, sanggup tolong Farid Kamil beli...
- Tauke lori ugut pemandu, syarikat trak tunda untuk...
- Menteri UMNO Sedia Jadi Saksi
- Jangan Sampai Istana Pahang Keluarkan Surat
- Anggota Polis Tergantung Di Rumah Inap
- 44 Individu Rugi RM1.95 Juta, Terpedaya Pelaburan ...
- HATI2 TAKTIK "SCAM" DI LORONG RFID DI PLAZA TOL
- Empat Termasuk Tiga Sekeluarga Maut Dalam Nahas Du...
- PM Bidas Tohmahan Pembangkang
- Proses Daftar Pelepasan Imigresen Di Terminal Satu...
- 'Pergi mana adendum, adendum, dendum, dendum' - Anwar
- Jumlah mangsa terjejas terus meningkat
- "Tangkap Mahathir, dakwa Muhyiddin, penjara Ismail...
- Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
- Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disy...
- Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mi...
- Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Mal...
- Jabatan Imigresen nafi laksana program RTK 3.0
- 4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai ke...
- Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya s...
- Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula esok
- BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subrama...
- Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi ...
- SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perli...
- DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di...
- Los Angeles has been ‘badly let down’ by its gover...
- Isu Titah Adendum Datuk Sri Najib Razak - Shamsul ...
- DATO LOKMAN JAWAB ZAMIL MINTA TARIK BALIK GELARAN ...
- Trump points finger at Newsom for CA wildfires: 'H...
- Death toll rises as California wildfires rage
- Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap KJ
- Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Ora...
- “Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifud...
- Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 be...
- Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah ...
- Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa ...
- Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang...
- Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian k...
- Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg he...
- Seramai 17 individu ditahan dalam kes pindah milik...
- Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ...
- Donald Trump spared jail or fine as judge sentence...
- Unilever's Indonesia headache worsens with boycott...
- South Korea presidential security chief warns agai...
- Najib could not ascertain who provided his bank ac...
- Malaysia says it has no record of documents granti...
- Suspect in Yap Xin Yuan murder case released as pr...
- Pengurus insurans rugi RM1.393 juta terperdaya pel...
- Lima individu ditahan termasuk CEO stesen TV, poli...
- "Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendata...
- Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
- Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh ...
- KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
- Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati
- 'Usah sibuk soal remeh pertahan penyelewengan!' - ...
- PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap ...
- BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Is...
- Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bil...
- Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap...
- Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil t...
- MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah...
- Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank per...
- Jurugambar didakwa 'serang' pereka fesyen
- Sebanyak 61 eMAS 7 dan 64 X70 Jadi Kenderaan Rasmi...
- Perbicaraan Ibu Bapa Zayn Rayyan Kekal 3 Febuari D...
- Saya Tidak Lihat Dan Tidak Sembunyikan Titah Adend...
- Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma berm...
- Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women ...
- Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas...
- Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral diku...
- Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Jo...
- Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu b...
- Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di b...
- Masidi buka mulut isu dakwaan rasuah Adun Sabah
- Rumah Farid Kamil Bakal Dilelong?
- President Jimmy Carter Grave Site
- SATU MALAYSIA SOUND MONTAJ TAHUN MELAWAT MALAYSIA ...
- WANITA BERTUDUNG SOROK BARANG CELAH PEHA KANTOI - ...
- One dead, small plane explodes in Brazil
- Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti bu...
- New York court dismisses Trump's application to po...
-
▼
Jan 2025
(566)