Translate
01 January 2025
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
Bernama
01/01/2025
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas. - Gambar hiasan/Bernama
GEORGE TOWN: Peraturan kawasan larangan merokok di premis dobi mulai hari ini menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), merupakan langkah terbaik sekali gus membantu Malaysia menuju ke arah negara yang sihat.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow berkata ini berikutan tindakan merokok oleh orang awam di premis dobi tidak dapat dikawal, malah pihaknya sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan tersebut, termasuk bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
"CAP sangat gembira dengan penguatkuasan berkenaan mulai hari ini. Kami juga minta pihak penguat kuasa agar tidak beri kelongkaran kepada perokok yang tidak patuhi undang undang.
"Kami minta agar tidak hanya beri amaran tetapi membawa pesalah terus ke mahkamah, supaya perokok sedar bahawa penguatkuasaan bukan sekadar nasihat," katanya kepada Bernama hari ini.
Bermula hari ini, bangunan dobi antara 28 kawasan diwartakan sebagai larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta 852, selain bangunan tempat kerja kerajaan dan swasta, pusat hiburan atau teater (kecuali kasino), hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berhawa dingin serta mana-mana kawasan yang digunakan bagi aktiviti perhimpunan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa lokasi di sekitar kawasan Bukit Mertajam mendapati orang ramai dilihat semakin patuh kepada peraturan kawasan larangan merokok dan tiada pengguna merokok di premis dobi yang diwartakan sebagai larangan merokok.
Seorang pengguna di sebuah premis dobi di Bandar Perda, Nazli Mohd Rashid, 37, berkata tiada sesiapa yang datang untuk mencuci atau mengeringkan pakaian di situ yang menghisap rokok, malah terdapat poster larangan merokok di situ sejak tahun lepas lagi.
Beliau berkata walaupun dia sendiri seorang perokok, namun tidak merokok di kawasan larangan termasuk di pusat dobi kerana di situ selalunya ramai pelanggan lain termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.
"Sejak Akta 852 dikuatkuasakan, kita boleh tengok ramai perokok yang tidak menghisap rokok di kawasan larangan kerana kami bimbang dikenakan kompaun, lebih baik tak hisap rokok daripada kena bayar kompaun," katanya kepada Bernama.
Bagi seorang lagi pengguna di sebuah pusat dobi di Permatang Pauh Nor Hazlia Ramli, 40, keputusan kerajaan yang mewartakan bangunan dobi sebagai tempat larangan merokok adalah sangat tepat dan lebih-lebih kepada pengguna perkhidmatan dobi layan diri.
"Selama saya menggunakan perkhidmatan dobi layan diri ini memang jarang la jumpa perokok menghisap rokok di sini, tetapi dengan larangan tersebut saya rasa ia lebih baik kerana jika ada yang menghisap rokok mungkin pengguna lain boleh terus buat aduan atau menegur perokok," katanya yang merupakan seorang akauntan.
Ros Anita Mohd Amir, 30, pula berharap pihak berkuasa dapat meningkatkan penguatkuasaan dan menjalankan rondaan, bagi memastikan tiada individu yang melanggar peraturan tersebut.
Beliau berkata tindakan tegas juga perlu dikenakan terhadap mereka yang ingkar dan terus merokok di kawasan larangan, kerana ia bukan sahaja mencemarkan udara malah memberi kesan buruk kepada orang lain.
"Sebelum ini nampak ramai yang hisap rokok di kedai-kedai makan namun sejak penguatkuasaan Akta 852 dilaksanakan, tiada lagi perokok dan saya harap lebih banyak penguatkuasaan dibuat supaya perokok memang betul-betul mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL Astro Awani 05/01/2025 Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan me...
-
Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib tidak cukup tidur Bernama 06/01/2025 Najib membela diri terhadap 25 pertuduhan termasuk e...
-
Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah satu hari lagi Bernama 04/01/2025 Kumpulan KRU (dari kiri) Datuk Norman Abdul Halim, Edry ...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
High Court frees Rosmah of 17 money laundering and tax evasion charges Bernama 19/12/2024 Judge grants an order of acquittal after allowing ...
Blog Archive
-
▼
2025
(328)
-
▼
Jan 2025
(328)
- Anak sulung kecewa dengan Zahnita, tampil ‘back up...
- Hakim tegur Avitan Shalom mohon penterjemah pada h...
- Suami Zahnita akhirnya buka mulut cerita perkara s...
- Polis Siasat Kes Penemuan Mayat Wanita, Bayi Baru ...
- Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.89 juta
- 4 vokalis rock 'otai' Malaysia kongsi pentas di Si...
- PM Singapura berlepas pulang
- Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia seba...
- Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petug...
- Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan ...
- SPRM tahan lapan individu disyaki terlibat rasuah ...
- Negara Ini 'Kebal' Dengan Sulit - Zaid Ibrahim
- TITAH ADENDUM SAH WUJUD , KINI GILIRAN UNTUK TAFSI...
- Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan...
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam nege...
- Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larang...
- Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan e...
- Pihak berkuasa datang gerai Mark Adam, terima adua...
- PENUMPANG BIADAP AKHIRNYA TERIMA PADAH - TINDAKAN ...
- Singapore, Malaysia to Launch Special Economic Hub
- Singapore open to new high-speed rail proposals fr...
- Malaysia & Singapore PM's message to investors on ...
- Pasar Borong Pulau Mutiara 'Dikepung', 28 Warga As...
- UMNO Rayu Pengampunan Penuh Agong Untuk Najib
- Pegawai JAIM Disyaki Rasuah RM13,000 Cuba Dapatkan...
- KEJADIAN PECAH RUMAH DI MUAR, JOHOR "3 SEKAWAN" AK...
- "KERETA MISTERI" PUNCA LORI REMPOH 2 KENDERAAN DI ...
- PM terima kunjungan Pengurusan Tertinggi KWSP
- Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar AS me...
- Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
- AmBank terbit “Ringgit Thieves” untuk cetus keseda...
- AI-generated obscene 'deepfakes' will be a crimina...
- Global air crash deaths rise to 334 in 2024 - Germ...
- Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
- Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota...
- Bangladesh issues arrest warrant against former PM...
- Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak ...
- FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pas...
- Datuk M. Nasir hidupkan semula lagu hampir dilupak...
- SPRM bertindak ke atas aduan rasuah dalam tempoh 2...
- Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemuka...
- Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib...
- Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika se...
- Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak...
- Watch Chilling US FBI's New Orleans Attack Video: ...
- "Kenapa Titah Adendum Disembunyikan Dan Tidak Dila...
- Shafee reveals letter confirming existence of 'roy...
- Suami Isteri Maut Nahas Tiga Kenderaan
- Pemimpin UMNO, PN Antara Lebih 3,000 Orang Hadir
- Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman pengar...
- Pulau Pinang perkenal rumah mampu milik 'town hous...
- Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP s...
- Disyaki terima rasuah RM50,000, penjawat awam dire...
- Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
- 'The Brutalist,' 'Emilia Perez' triumph at Golden ...
- Home Minister reiterates that letter received from...
- NELAYAN JUMPA BUAYA GERGASI TERSANGKUT DI JARING- ...
- ADA LAGU ADA LAGI Minggu 8, SENARAI MARKAH PENUH P...
- Isham Jalil rancang untuk merayu pada Sultan Pahan...
- Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand...
- Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
- Mahkamah Rayuan Benarkan Semakan Kehakiman Najib R...
- Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hi...
- Shafee Dedah Surat Istana Sahkan Titah Adendum
- "MAKANAN DARI LANGIT"- KEDAI ABANG TINGKAP JADI VI...
- Rosmah, anak Najib, anak Zahid hadir di Istana Keh...
- Akmal Saleh, pemimpin PAS tiba di mahkamah, penyok...
- Sanusi joins crowd outside court complex to show s...
- hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan a...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall...
- South Korean police asked to execute arrest warran...
- Canada PM Trudeau to announce resignation as early...
- Vietnam clinch ASEAN Cup with dramatic 5-3 aggrega...
- Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, l...
- Himpunan sokong Najib di luar Istana Kehakiman, Pu...
- Istana Kehakiman Di Kawal Ketat
- Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun bah...
- Ceasefire: Hamas agrees to release 34 prisoners of...
- Health Ministry set to launch 'war on salt' to com...
- Hassan Nasrallah was killed in Hezbollah's war ope...
- 3 crew members killed India coast guard ALH crash ...
- Tiga pembekal masing-masing didenda RM10,000 milik...
- Filem 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peri...
- Pemandu Kereta Maut Nahas Dua Kenderaan
- LORI JATUH GAUNG GARA-GARA ELAK LANGGAR MYVI
- Biar Anwar pimpin kerajaan sehingga tamat penggal ...
- Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik
- Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di...
- Lelaki ditahan bersama lebih 3kg syabu di Batu Pahat
- Thailand (3) 2-3 (5) Vietnam | Final 2 | Asean Mit...
- Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawalan
- Indian Coast Guard helicopter crashes in Gujarat, ...
- Liverpool 2-2 Manchester United | 2024/25 Premier ...
- Rayuan Najib didengar hari ini
- KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertan...
- PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada...
- Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Ga...
- Tambun Ipoh DiIanda BANJlR 5/1/2025
-
▼
Jan 2025
(328)