Translate

06 January 2025

Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan



Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan

Bernama

06/01/2025


Dianggarkan lebih 1,200 peserta hadir dalam himpunan tersebut, dan situasi terkawal tanpa sebarang provokasi. -Astro AWANI

PUTRAJAYA: Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.

Ringkasan AI

Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan di Istana Kehakiman hari ini di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dianggarkan lebih 1,200 peserta hadir dalam himpunan tersebut, dan situasi terkawal tanpa sebarang provokasi.

Mahkamah Rayuan mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai Titah Adendum Diraja kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata beberapa individu turut akan dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Dianggarkan lebih 1,200 peserta hadir dan situasi terkawal serta tiada sebarang provokasi," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

Hari ini, Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum Diraja yang akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah, kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED